Friday, March 4, 2011

Hari ini hari terakhir aku dalam usia sekarang. Esok akan bertambah satu angka lagi pada umur aku.





Jauh sudut hati, aku sendiri tak pasti apa akan jadi lepas ini.
Jauh dalam-dalam sanubari, aku tak tahu kenapa aku takut.
jauh-jauh dalam jiwa aku tak faham kenapa ada rasa seriau?

Mungkin usia seharusnya mematangkan manusia.
Maka aku harus jadi matang.
Perlu.
Mesti.
Wajib.


Bersediakah aku?

Entahlah.















Aku mahu akhiri hari ini dengan senyuman.

Aku berharap, tapi tidak tinggi. Aku berdoa senyap-senyap semoga setahun akan datang aku akan lebih baik dari setahun yang aku lalui ini.






Setahun lagi mendekat dengan usia mati.
Mati yang aku tak pasti bila.















Aku harap esok semuanya baik-baik sahaja.
Tuhan, beri aku kekuatan dan ketenangan.
Tuhan, andai Kau rasa aku ini budak nakal yang jauh berlari dariMu,
maka Ya Tuhan, Kau tunjukkanlah aku jalan kembali padaMu.
Ya Tuhan, kalau kau rasa aku ini anak degil yang tak sudah-sudah memberontak
kau ajarlah aku ya Tuhan.
Namun aku harap Kau lembutkan hati dan jiwa aku.
Kau perkasakan naluri dan kemanusiaan aku.
Kau pertahankan Islamku.
Kau benihkan subur-subur imanku.

Ya Tuhan,
Aku dah tak punya apa-apa selain doa
doa yang hanya Kau saja tempat aku berpaut
doa pada Engkau yang Esa.

Ya Allah,
bantulah hambaMu yang lemah lagi hina dina ini.
Ya Allah,
bantulah aku.


Amin.

No comments:

Post a Comment