Monday, March 7, 2011

Solusi jiwa.

"Kalau mahu senyum manis-manis kena usaha."

Aku tunggu bulan Oktober tiba. Tapi penantian aku bukan penantian kosong. Aku perlu kerahkan semua tenaga aku untuk capai apa yang sepatutnya aku capai. Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk gapai apa yang lama dulu aku mahu gapai.

Graduasi.

Sangat indah meski cuma bila aku membayangkan. Bertambah indah bila aku ingat penyebab bakal senyuman aku bertambah manis. Makin rasa mahu cepat-cepat masa melompat ke bulan Oktober.

Tapi aku tidak mahu.

Aku mahu menikmati setiap saat yang tinggal hingga bulan Oktober nanti.

Aku mahu merasai sakit perit, indah senyum, bahagia, derita, indah, gelisah, sayang, benci, suka, duka, senang, geram, semua.

Semuanya aku mahu.
Tak mahu aku tertinggal satu pun. serpihan juga tidak. tidak.tidak.

Dan memori yang ada ini adalah semangat aku.

Pernah aku katakan, jika mahu kan sesuatu maka tidak perlu kita ributkan ia. Kalau ditakdirkan ia bukan milik kita, kita masih boleh tersenyum mengidamkannya dari jauh. Ia impian kita yang cuma hati kita sahaja tahu rasanya bagaimana. Kalau sekali sahaja dalam hidup kita dapat peluk dakap ia, itu sudah cukup menjadi bekal sepanjang hidup. Bekal senyum dan bahagia. Bekal semangat. Bekal kekuatan. Bekal kepercayaan.

Ah, bekal ini terlalu indah maka aku perlu nikmati setiap rasanya.

Izinkan aku menikmati indah ini.

Sehingga bulan Oktober, indah ini adalah semangat syurga.

Selepas itu, jika aku boleh tambah bekal baru, maka senyuman aku bakal jadi semakin manis.

Sehingga bulan Oktober tiba, doakan aku. Selalu.

No comments:

Post a Comment