Saturday, March 26, 2011
.Tongkat sakti.
"Aku ingin dia di sini- sisi aku sekarang. Aku mahu dia selimut dan peluk dakap aku hingga kesejukan ini terhapus dengan cair pujuk bisiknya. Aku mahu selalu buat dia tersenyum seperti dia usap lelah semangat aku. Aku mahu berdiam dan tidak membebel agar dia tidak rimas dengan risau aku. Dan tentu sekali aku mahu dia dalam keadaan apa sekali pun, terlihat cantik elok di mata orang. Aku janji untuk tidak cemburu pada sekalian mata yang memandang kerana aku suka bila lihat dia tersenyum dan berbagi cahayanya pada semua. Dia itu laksana mentari yang bersinar, sentiasa indah dalam liganya yang tersendiri. Aku mahu dia bebas meski aku tahu dia mungkin lupa arah pulang kepadaku."
Labels:
rahsia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment