Friday, April 15, 2011

.Angin.

Aku selalu harap untuk jadi satu-satunya orang yang akan papah dia bila dia susah, bila dia paling terbawah, bila-bila dia lemah.

Tapi--

Aku cuma angin yang berpuput. Terlihat pun tidak. Dia cuma tahu wujud aku bila-bila aku menari lembut beralun  sedikit-sedikit membelai lembut dia.

Dan sebenarnya, kalau dia boleh melihat aku sekalipun aku tidak tahu harus bagaimana aku muncul dalam elok pandang matanya. Aku tidak tahu dalam figura apa dia mahu melihat aku. Dan aku sememangnya figura tanpa bentuk. Bentuk aku berbalik pada fikir aku terhadap apa yang dia mahu. Selalunya fikir itu silap.

Kata orang, jadi sahaja diri sendiri. Dan aku ini tidak punya diri.

Siapa aku?

Angin, tak punya figura tapi wujud. Tak terlihatkan tapi ada. Selalu, meski diam tak berpuput-- tetap ada.

4 comments:

  1. merasainya sudah tau kalau dia wujud.
    tidak perlu membayangkan bagaimana ia...

    ReplyDelete
  2. well itu yang indah nya kan. tidak terlihat, tapi rasa. =)

    ReplyDelete
  3. ghost: harapnya ada yang sedar pada wujudnya. :)

    ReplyDelete
  4. hero: ehem. perit dan indah bergabung. tidak tahu mahu kenalkan perasaan itu sebagai apa. haha.

    ReplyDelete