Friday, April 29, 2011

.Awan dan matahari.

Sudah lama aku tidak nampak mentari. Cuma di dalam rumah tak langsung melangkah keluar, walau setapak.

Aku rindu mahu lihat indah awan. Apa lagi cerah mentari. Aku rindu sangat melihat gandingan ini. Sangat rindu.





Dan yang paling aku rindu adalah kau. Mentari aku. Sebab aku ini cahaya setelah kau datang menjadi mentari. Cahaya itu juga kau yang anugerahkan pada pangkal gelarku. Kalau kau sudah tidak mahu jadi matahari, bagaimana dengan aku--


masihkah bisa aku bergelar cahaya?


Dan ada sebaris pesan untuk kau duhai mentari; "Selalulah ingat bahawa awan selalu menemani matahari meski tidak pula disedari. Meski awan tidak cantik berbanding bintang, bulan, pelangi ataupun segala indah di langit sana, awan sentiasa setia dan selalu ada untuk mentari."


(Rentak kau berubah lagi.)

7 comments:

  1. awan sangat cantik tapi langit lebih baik. hihi

    ReplyDelete
  2. kesetiaan dalam diam.yang terdalam.apalah ertinya matahari kalau tidak ada cahyanya...

    ReplyDelete
  3. Bila malam hanya cahaya bulan je benderang ... kalau bulan mogok ... hanyalah cahaya lampu neon je kelihatan ... kalau black out ... hanya lilin je bersinar ... biarlah ku jadi lilin berkordan demi kebaikan orang lain... tetapi mampu kah aku berbuat demikian.

    ReplyDelete
  4. khairul: hahaha, pada aku awan lebih indah. pernah lihat langit biru tanpa awan? ia kosong.

    ReplyDelete
  5. ghost: aku harap mentar memandang sama seperti kamu.

    ReplyDelete
  6. Benjy: semoga kamu cahaya untuk seseorang. Pasti!

    ReplyDelete
  7. pasal langit merangkul semua, awan, matahari, bintang. hehe. sebab tu cakap langit lebih baik :)

    ReplyDelete