Thursday, April 7, 2011

.Bahasa.

Bahasa memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan persepsi pembaca. Aku mahu mengungkapkan tentang rindu.

Aku boleh dengan mudah menulis seperti ini;
"Aku rindu kau."

dan aku juga mungkin memilih untuk menulis begini;
"Pada setiap saat itu akan ada kau dalam garis jiwaku-setiap waktu."

Yang mana ayat kedua itu langsung tidak aku tuliskan kata rindu tapi pembaca pasti tahu maksud itu. Kau sendiri sebagai pembaca, yang mana lebih kau rasa perasaan rindu itu?

Jujur sahaja ya!

Persepsi dalam pembacaan, jangan terlalu mudah terpedaya. Kadang-kadang nada pembacaan di dalam fikiran kita langsung tidak sama dengan yang lain. Persepsi, ia ilusi yang penuh dengan signifikasi.

Setuju?

7 comments:

  1. yach..aku setuju.bagi yang mudah faham akan memahami dengan cepat..bagi yang membacanya dengan bersahaja pasti terlalu lambat untuk memahaminya...

    ReplyDelete
  2. ghost: betul tu. kalau menulis sesuatu yang jauh dari terkait perasaan tentu tak ada masalah. tapi kalau berbau perasaan itu susah. jangan sampai terganggu emosi sudahlah. hihihi.

    ReplyDelete
  3. Bahasa umpama gitar. Boleh sahaja bermain tanpa 'tuning'. Namun jika mahu bunyinya paling enak dan tepat, perlulah di'tuning' hingga dapat not-not yg dimahukan.

    Dan kadangkala para pendita bermain bahasa sekadar tidak mahu manikam dikenali oleh mereka yg bukan jauhari :)

    ReplyDelete
  4. kadang bahasa yg kita coret kn hanya kita saja yg faham. susah untuk yang tidak mengalami nyaa paham :)

    ReplyDelete
  5. MA: huuhuh. setuju sangat tu. tapi zaman sekarang, lain yang nak diberitahu lain pula maksud yang sampai. :P lala

    ReplyDelete
  6. ayaa: hehe. itulah. kadang2 cuma penulis je yang faham kan? :)

    ReplyDelete
  7. hehe.. kerana zaman sekarang, kita lebih senang dan selesa dgn tafsiran kita sendiri..

    Kadangkala penulis hulurkan bunga ros, namun org menganggap dia memberi duri-duri tajam.. Dan begitu juga sebaliknya.

    Apa2pun, terpulanglah.. kan Dayya ;)

    ReplyDelete