Friday, April 8, 2011

.Ceritera langit.

Ceritera langit di atas sana penuh dengan keindahan. Kalau mampu ingin sekali aku menjadi sebahagian dari mereka. Dan pastinya aku ingin merebut kelayakan citra terungul. Biar sampai nanti kalian yang tertinggal di bumi kembali teringatkan aku.

Benar, aku yang tidak punya apa-apa di sini pada kalian mahukan transformasi menjadi dewi di atas langit sana.

Kemudian nanti bisakah kalian sedikit menyedari wujud aku? Kerana hingga hari ini aku tahu bahawa aku ini seolah-olah halimunan yang berjalan dalam ghaib tak ternampakkan.

Sebelum jiwa aku terus terjual kepada ceritera langit, ada sesiapa ikhlas memberi cermin untuk aku melihat figura sendiri di situ. Biar aku nilaikan sendiri selayak apakah aku untuk ke sana.

No comments:

Post a Comment