Sunday, April 24, 2011

.Gadis itu aku.

Kalian yang membaca deret tulis aku sebenarnya memang lebih dekat dengan aku. Kalian lebih mengenali aku. Kerana siapa aku di luar sana tak akan ternampakkan di sini. 

Gadis senyum dan ketawa. 
Gadis menangis gelendangan seorang. 
Gadis tabah tak terlawankan. 
Gadis tenang tak beriak. 
Gadis bosan tak terarah. 
Gadis lembik dan penakut.
Gadis lemah dan sakit.
Gadis kasihan dan degil.

Itu aku di luar sana. Dan aku di sini menurut kau bagaimana?

Pasti kau punya mata helang jika kau boleh baca aku di luar sana bagaimana. Pasti kau orang hebat. Pasti sekali.

Gadis jiwang dan punya banyak cinta di sini, sedang belajar tentang itu. Dia langsung tidak faham tentang cinta. Yang dia tahu, rasa hatinya itulah petunjuk. Dan kadangkala dia langsung tidak tahu bagaimana mahu tunjukkan itu. Malah kebiasaannya dia cuma--

kaku.

2 comments:

  1. apakah kau tidak mengetahuinya bahwa orang yang kau harap mengenali kau juga sebenarnya lebih kaku...

    terlalu sedikit yang tergambarkan..

    ouch!

    ReplyDelete
  2. ghost: aku tidak tahu. apa sebenarnya memang itu lumrahnya? kaku bila berdepan kenyataan? :P huhuhu.

    ReplyDelete