Wednesday, April 20, 2011

.Indah pada waktu pergi dan pulang.

Kau tahu, waktu ke PD tempohari, awan di atas gelap langit sana bagaikan cantuman kepak-kepak burung gergasi berwarna putih. Ia mengelilingi bulan. Indah sekali. Kejora pula, bagaikan ditinggalkan di belakang. Sedikit menjauh dari gelung keliling awan pada bulan. Indah, sengguh indah. Hingga tak tergambar dengan kata-kata.

Dan waktu pulangnya pula, pada wajah bulan itu aku melihat tulisan. Ada kalimah Allah dan Muhammad di situ. Lama aku memandang wajah bulan, aku takut aku tersilap. Sebanyak mana aku melihat, semakin lama aku memandang, aku yakin bahawa aku tidak tersilap.

Aku gembira.

Gembira lepas lelah dalam dada makin luka.

Dan sekarang ia sedikit-sedikit mujarab terubat. Ada pujuk dari Tuhan juga irama dari dia. Rupanya aku masih ada dalam satu sudut fikir dia. Aku selalu tersalah tafsir. Nasib aku bertanya tadi. Jika tidak, aku akan mati tanpa sendiri sedar bahawa bisik di dalam hati inilah yang menjadi punca.

Aku tidak punya edah untuk merasai bahagia.

2 comments: