Tuesday, April 12, 2011

.Maaf kawan.

Malam yang panjang sementara menanti pagi tiba.

Berbicara pada hati tidak pada Tuhan, malu mahu bertemu Tuhan. Tambah-tambah bila keadaan diri kotor. Namun aku bukan manusia jijik. Kerana sekali pun Tuhan tidak pulaukan aku. Dia sayangkan aku.

Hati dalam ini terlalu banyak mahu bercerita.

Terlalu banyak. Mungkin malam ini bingkis hati aku bakal menjadi warkah panjang. Nota ingatan untuk aku kemudian hari. Buat sesiapa yang membaca-- maaf, ini leteran hati aku. Maka, abaikan bila-bila ia mengganggu waktumu. Aku menulis untuk melepaskan gurindam jiwa yang kehilangan rentaknya.

Tak termampu aku seka air mata kau, sebab air mata aku turut sama menitis. Di luar sana, hujan sangat lebat sejurus tempoh waktu genting tadi. Maaf kawan, jangan salahkan aku untuk apa yang terjadi. Maaf kawan, tak mampu aku mahu mengungkapkan sebaris ayat yang bisa mencarikkan maruah aku pula. Maaf kawan, aku ada bila-bila kau perlu. Cuma, aku tak mampu membenarkan salah laku dan biarkan ia menjadi kebanggaan si bangsat. Maafkan aku, sebab curang pada cinta kau untuk dia. Maaf, aku tak mahu maruah kau terus diperjudikan.

Maafkan aku. Aku bukan perempuan sopan bila maruah wanita diinjak gasak.

Maaf lagi. Maaf dari hati.

No comments:

Post a Comment