Thursday, April 14, 2011

.Membebel.

Dua ratus kali aku tulis dan padam.

Banyak yang aku nak luahkan, tapi sebab dah terlalu banyak benda nak beritahu sampai tak tahu nak mula cerita dari mana. Dari kisah sebesar-besar alam, sampai isu sekecil-kecil kuman.

Dan medium aku meluahkan perasaan adalah dengan menyusun aksara di sini. Dan bila apa yang aku tulis menjadi terlalu kanak-kanak untuk diberi komen, abaikan. Jangan persoalkan kebodohan aku melayan perasaan. Sebab aku tak ada cara lain nak luahkan.

Mulut aku tak mampu untuk berbicara. Sebab mulut aku kurang biasa meluahkan. Sekali sekala bercerita, tersasul pada salah orang. Sesekali buka mulut, banyak hati yang tertikam. Lebih baik diam--

mudah dan tenang.

Membebel. Hahaha, aku tak tahu sejak bila aku jadi perempuan tipikal. Gadis cool satu masa lalu dah hilang entah kemana. Aku rindu sangat dengan aku yang dulu. Kau tengok, aku membebel panjang-panjang dari tadi sikit pun aku tak cerita apa yang terbuku dalam sini.

Aku cuba menaip apa yang dijeritkan hati dalam sini.

Tapi langkah aturan kekunci kata aku terhenti tiba-tiba. Aku terseksa dalam sini. Menyampah serba-serbi. 

Emotional freak!

Blog ini pun dah terikut-ikut macam aku; tak cool.

Cis banyak-banyak.

Chow, aku janji mahu study jam 12. Bye!

1 comment:

  1. "Hamba juga suka membebel di dalam blog.. Beza antara kita, bebelanku agak keras dan tajam..

    Namun hamba delete kemudiannya kerana tidak mahu menganggu lena sang snow white.." bebelku seorang diri..

    ReplyDelete