Antara dua terminal waktu itu ada beberapa kali perhentian di tengahnya. Dan usai pada destinasi itu, ada berbagai umat silih berganti. Cuma dari teminal awal sejak kau masuk hingga sampai pada destinasinya nanti--
aku cuma boleh memandang kau dari jauh.
Kau sedari jelingan aku,
kau nampak jelas pandangan malu itu,
kau balas kerlingan manja,
kau sesekali tersenyum nakal
tapi kita masing-masing diam tak terkatakan.
Kita; mungkin cuma punya ruang berbicara bila destinasi itu tiba . Dan sampai itu, aku harap aku tidak tertidur kepenatan. Aku khuatir kalau-kalau aku keseorangan terlepaskan perhentian kerana aku tidak sanggup dan tidak tegar untuk terlepas mendengar bicara dari bibir kau bila kita selangkah turun bersama (nanti).
berikan ruang masa untuk kamu berdua berpandangan antara satu sama lain dan menyatakan tentang apa yang sedang difikirkan...buang rasaa malu.
ReplyDeleteghost: masih belum jumpa waktu. haha.
ReplyDelete