Tuesday, April 12, 2011

.Sekuntum bunga.

Bila dalam hati cuma penuh rindu, yang kau harap cuma sedikit semangat macam selalu-- dan seperti bunga yang terbiar dikeliling lalang, indah serinya hilang. Dan rimas pada kemuncup yang melata penuh buat kau rasa semakin tertekan. Ya, pada keadaan dan perasaan.

Andai aku si bunga di antara lalang itu, cepatlah petik aku dan jadikan aku perhiasan meja. Ciumlah harum bauan yang tercipta dari setiap selisih kelopak yang ada-- nikmatilah keindahan aku, dan dengan bangga tersenyumlah bila tetamu yang datang memuji keindahan ruang tamu kau berhiaskan aku.

Suntuk waktu ini, aku mahu terbang seperti lalang yang ditiup angin. Namun mana mungkin, sebab aku sekuntum bunga yang hilang dari pandang pada rumpun lalang.

Bantu aku, cari aku dalam ranap semak ini.

No comments:

Post a Comment