---
Tulisan mewujudkan ritma yang tersendiri. Ia boleh terus serap ke dasar hati, malah bila dibaca orang, disampai-sampai pula maka membawa kebaikan. Kerana tidak ada yang buruk dalam tulisan. Meski yang ditulis itu pada sekeliling orang adalah tidak baik, namun anugerah Tuhan itu sentiasa ada bersamping kita. Kita punya akal untuk menilai. Dan perjalanan membawa manusia sama-sama berfikir itu juga membawa kepada kebaikan. Maka dari arus mana sesebuah tulisan itu boleh kelihatan jijik dan tidak sah taraf pada masyarakat?
"Berpesan-pesanlah sesama manusia walau pun hanya satu ayat."
Dan kerana membantu memanjangkan secebis tulisan itu--
Terima kasih. Sangat!
Terima kasih kepada saudara Mutalib Attholib .
Hamba rasa sayang jika keindahan mutiara dayya itu tersimpan dan tidak dikongsi dengan sahabat2 hamba yang lain.. huhu
ReplyDelete:) Sama-sama dan terima kasih kembali.
MA: TERIMA KASIH, lagi... :)
ReplyDelete