Sunday, May 1, 2011

.Tabiat.


Melihatkan tulisan aku di sini, percaya tak kau yang aku sangat canggung membalas SMS?
Percayalah. SMS dengan aku memang bosan. Aku sendiri bosan baca apa yang aku hantar.


Bila ringkas begitu--
aku tak tahu bagaimana mahu buat ia menarik.
Terlalu ringkas buat aku jadi sempit fikir.


Selalu aku biarkan telefon bimbit jauh dari aku. Tabiat lama yang datang semula selepas lapan bulan tabiat itu hilang. 

Selama lapan bulan yang lalu; ia langsung tak berenggang dengan aku. Aku harus berbangga. Lapan bulan ialah suatu pencapaian yang paling membanggakan. Paling menyenangkan.

Aku harap, aku ada sebab yang sangat kukuh untuk buangkan tabiat ini jauh-jauh. Biarlah selama-lamanya pun tidak mengapa. Sebab itu tandanya aku sedang tersenyum.

3 comments:

  1. Akak dan sms ? Sangat benci dengan sms yang disingkatkan kata hingga mencacat cela bahasa. Terkadang garu kepala mahu faham isi cerita

    ReplyDelete