Ada sedikit rasa menyesal tak teruskan kehidupan macam yang aku mahu. Kalau awal-awal aku terus degilkan kehendak hati, dah tak jadi kisah panjang-panjang macam sekarang.
Selepas aku rombak arus hidup aku,
selepas berhempas pulas dalam kesakitan jiwa dan nostalgia,
selepas aku pakai baju besi untuk hadap semua keberangkalian,
aku masih gagal untuk senyum bangga menyorokkan rasa sakit dan terkilan.
Dan paling malang, aku menjadi terlalu kasihan!
Bukan aku mahu merungut, tapi bila diberikan betis mahu peha; dan aku ini sengaja disogok-sogok pada ego dan lagak, aku jadi naik muak. Konon sangat faham dan mahu yang terbaik sedangkan siapa aku pun tidak mampu difahami.
Oh, bukan masalah siapa aku di sini. Sebenarnya, aku memang tidak wujud. Itu yang betul.
Dah malas. Setakat provokasi sampah, aku dah tak hairan. Persetankan. Kali ini aku nekad bulat. Maaf, aku memang manusia pendosa. Aku lebih rela berdosa sekarang dari tanggung rasa berdosa setiap hari di kemudian hari.
Aku tak mahu ada luka yang akan menjadi lubuk dendam dalam hati aku. Dan yang paling sadis, aku tidak mahu kamu-kamu yang aku sanjung dan hormat, sayang terpaling dalam dari mula nafas dan aku mahu junjung sampai lepas kehidupan semula adalah penyebab lubuk benci itu.
Maaf, biar aku kesal dengan kesusahan pada waktu ini dari menyesal kemudian hari sampai mati.
Aku mohon ampun.
terus terang saja hey~
ReplyDelete