Hiak!
Hiak!
Hiak!
Tiga dari tujuh kepala naga itu bergolek ke tanah. Satu darinya berhenti kurang selangkah dari tapak koordinasi aku berdiri. Empat kepala naga yang masih berbaki kian bengis, kian garang menyerang.
Serangan kepada aku bagaikan bedil-bedil peluru berpandu.
Semburan pertama terkena di bahu. Pedang Angin Petala Alam terhumban ke dalam semak.
Serangan kedua menuju ke perut. Melecur! Aku terduduk ke tanah. Sudah berpeluh hebat. Tak mampu berganjak.
Naga itu menghampiri aku. Cuba memijak batang tubuh aku yang kerdil.
Aku mengensot.
Perlahan.
Cuma itu yang termampu.
Kepala naga yang keempat, mendekat dengan wajah aku. Aku bagaikan terlihat-lihat senyum sinis pada wajah itu. Buruk!
Tangan di dada bumi masih lagi senjata. Manusia punya otak dan otak adalah senjata paling berguna waktu sedang berperang. Sebab itu, aku yakin dengan hebat rasa di dalam dada sini bahawa aku Ratna Dewi Anak Dewa Sakti mampu mengalahkan gergasi raksasa yang jahat ini.
Genggaman pasir aku humban ke mukanya. Buta.
Dalam pada sang naga cuba mengawal rasa sakit yang ditanggung kepala keempat, juga antara waktu ia cuba mencari imbangan badan, sesegera yang mampu aku cantas semak samun dan mencari kembali pedang sakti milikku.
Jumpa.
Haip!
Haip!
Haip!
Haip!
Putus semua keempat-empat baki kepala naga yang tinggal.
Tidak semena-mena, mengalir darah dari kepala-kepala yang dipenggal. Dari setiap satu kepala itu, mengalir warna-warna darah yang berbeza.
Merah.
Oren.
Jingga.
Hijau.
Biru.
Indigo.
Ungu.
Titis-titis itu akhirnya bertembung di perut bumi.
Asap berkepul-kepul, melindung mata dari melihat asal kejadian yang sebenar. Dan pada saat mata sudah kembali jelas melihat, sebuah sungai sudahpun terbentuk dengan air jernih bak permata mengalir segar.
Begitulah asal kisah sungai tujuh muara, terbentuk wujudnya dari darah naga kepala tujuh yang kalah terbunuh menentang Ratna Dewi anak Dewa Sakti.
Aku le tew! Hehehe.
Ahh, itu warna pelangi!
ReplyDeletekehkehkeh. mahu formula ingat?
ReplyDelete