Aku nekad, untuk tidak bercerita tentang melodrama jiwa. Melodi indah kadang-kadang tak perlu dikongsi dengar. Kadang-kadang melodi indah itulah penyebab air mata bertakung di pipi.
Dalam industri melibatkan lagu ada dua jenis manusia, yang pertama itu golongan si pembuat melodi dan yang kedua itu pula si penyampai melodi. Kumpulan ketiga selaku pendengar aku letak jauh-jauh dari kasta muzik. Kerana setiap yang memilih untuk menjadi pendengar berhak menidakkan atau membenarkan bahasa dari melodi yang mereka dengari.
Dalam kes aku, dalam situasi sekarang ini aku adalah kumpulan pertama. Si pembuat melodi.
Namun sayang, seorang pembuat melodi jarang mampu menghasilkan lagu berbeza pada setiap satunya. Bila didengar sekali pun sudah cukup untuk diagak siapa empunya. Sama lah dengan aku. Tak ada beza.
Melodi yang terhasil dari jiwa aku sudah tidak ada bencana lebih berat dari ketandusan bahasa. Lama-lama, melodi bukan lagi melodi tapi cuma sekadar lirik. Lagu berulang yang diubah suara bacaan menjadi retorik.
Sadis.
Demi jiwa yang sudah sekian kalinya terpinggir dan terluka, demi jiwa yang sedang cedera parah namun kadang-kadang masih mampu menyedut sedikit nikmat rasa bahagia, aku rasa aku perlu hentikan permainan retorik ini dengan segera.
Jangan tanya aku, apa beza akan aku beri di masa mendatang. Aku tak tahu.
Sebab, aku tak mampu cuci bersih semua yang pernah ada dalam selang momen hidup aku sama ada ia nampak molek cantik mahupun buruk hodoh.
Cuma, aku pasti untuk hentikan melodi yang semakin hilang merdunya. Yang tinggal cuma lirik bukan irama.
Kurang kurang aku, harap maafkan semuanya.
perasaan sama seperti aku sekarang. hey dayah, hentikan jika itu membahagiakan kamu. aku tak senang lihat air mata bercucuran. :)
ReplyDeletekalau itu yang terbaik untuk kamu , maka buat lah .
ReplyDeleteterpulang . =)
melodi itu akn terus dirindui dan biarkan ia menjadi sejarah.
ReplyDeletejangan lupa melodi di tv3..
ReplyDeletekita impikan melodi bahagia
ReplyDeletekita ketepikan melodi derita
kadang kadang
melodi derita itu boleh membahagiakan jiwa