Monday, October 17, 2011

.Ilqa' Haraki.

Mereka-mereka ini yang paling suka membuli aku; dan
mereka-mereka ini juga yang paling manja dengan aku.
"Yey. Ustazah yang lain dah tak ada, tinggal ustazah je. Bolehlah buli ustazah!"

Tak mungkin akan aku lupa kata itu.

*Bergambar sebelum naik ke pentas. Sarung tangan pun tak pakai lagi.*

Bila sahaja aku menyebut rasa tentang kurang minat dalam profesyen perguruan, terus aku dihurung dengan cabaran membuktikan keselarasan kata dan minat yang aku hebohkan.

Ya, minat untuk menguruskan program.

"Kalau tak menang, tak layaklah kamu nak teruskan cita-cita kamu." kata guru yang pernah aku ceritakan di sini dulu. Guru yang selalu memberi galakan pada aku dalam segala macam cara. Masa itu, aku cuma senyum. Tapi dalam hati sememangnya rasa itu berkobar-kobar marak. Pasti, dengan izin Tuhan akan aku buktikan semampu aku.

Tugas aku untuk melatih mereka-mereka ini bermula dari memelodikan lagu, penghayatan dan penghasilan lirik, kostum, persembahan pentas serta tidak lupa kesinambungan pada pelan latar belakang dan koordinasi pergerakan. Semuanya dihumban atas pundak aku.

Hingga satu waktu, sudah hampir sangat pertandingan peringkat zon-- (kebetulannya pada hari kejadian, aku perlu ke Kuala Lumpur menghadiri Majlis Konvokesyen di UIA), tempat aku perlu diambil alih oleh seseorang. Bermula dari situ, wujud satu kumpulan bersama-sama aku mendokong harapan untuk menang dengan bergaya.

Alhamdulillah, walau cuma berada di tempat kedua pada waktu itu, ianya adalah satu tiket melayakkan mereka-mereka ini menyertai ke peringkat daerah yang berlangsung pada Sabtu lepas.

Sedikit-sedikit penambah baikan dilaksanakan. Kali ini sebagai satu kumpulan. Penuh ceria dan gelak ketawa. Terbukti kerjasama memainkan semangat dan ruang juang yang lebih tinggi. Terbukti, kerjasama berjaya meletakkan mereka-mereka ini selaku Johan Peringkat Daerah Kuala Kangsar bagi acara Ilqa' Haraki. 

Ilqa' Haraki adalah acara yang diinspirasikan dari "Action Song" dan pertama kalinya diperkenalkan pada tahun ini. Bezanya, lirik yang disampaikan dalam Bahasa Arab.

InsyaAllah, Peringkat Negeri bakal berlangsung di Hilir Perak pada 11.11.2011 dan 12.11.2011. Doakan mereka berjaya.

Dan aku sendiri, bakal mengakhiri gelaran guru itu dengan acara paling manis sekali. Benar, aku habis kontrak pada 11.11.2011. Semoga untuk itu, ada lagi yang bakal tercipta.


6 comments:

  1. aku macam pernah tengok persembahan macam nih kat mytv3 awal pagi.dipersembahkan oleh pelajar pompuan jer..

    ReplyDelete
  2. hahaha. yup. action song kebiasaannya. yang ini ilqa' haraki, dalam bahasa arab. semua segala konsepnya sama. kehehkehe

    ReplyDelete
  3. congratz for both events , hey ! =)


    *tak lama pun nak jatuh hati pada bidang ni kan ? most kawan2 aku mcm ni lah . =)

    ReplyDelete
  4. hero: bidang yang kau maksudkan itu bidang perguruan?

    huhuhu. aku masih belum ada jiwa di situ. wuuu. minat aku masih mengkoordinasikan events.

    wut wut.

    ReplyDelete
  5. wah. kau ustazah rupanya. lama-lama datanglah jiwa tu sayang. :)

    ReplyDelete
  6. hahaha. kontrak hampir berakhir. hahah.

    eh eh. ustazah tu macam kurang sesuai dengan aku. hahaha.

    (i ustazah rock, jangan tak tau.) hahaaha.

    ReplyDelete