Saturday, October 8, 2011

.Merpati putih 3.

Masih ingat kisah merpati putih?

Pasangan pertama sudah punya berita gembira. Bakal lahir generasi seterusnya dalam masa kurang tujuh bulan dari sekarang. InsyaAllah.

Nampak gayanya, tidak lama lagi aku sudah boleh mula digelar sebagai ibu. Aku suka dipanggil begitu. :)

Untuk benih dalam rahim itu. Sudah punya ramai emak(s). Beliau sudah punya emak kandung yang digelar emak dan emak-emak angkat yang ramai. Hahaha. Kalau beliau lelaki, ehem-ehem. Anak-anak dara masa akan datang jangan risau, kami-kami ini comel dan baik-baik sahaja. Tapi kalau beliau seorang perempuan, haip. Anak-anak teruna masa akan datang, jaga-jaga. Banyak 'stage' nak lalu.

Hahaha.
Sekarang ini dalam proses mencari nama.

Nama bagi seorang anak yang kami kongsi bahagia. Anak yang punya ramai emak angkat. Emak-emak angkat yang sudahpun mula mencintai dia.

Ada mama.
Ada ummi.
Ada bonda.
Ada mummy.
Ada ibu.

Kami semua tak sabar menantikan kehadiran beliau.

Ya Tuhan, terima kasih untuk hadiah ini.

10 comments:

  1. tahniah,Dayya.

    bertambah lagi kasih sayang.

    ReplyDelete
  2. penyambung kehidupan dan kebahagiaan. tahniah!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah .. jaga diri dan kandungan ..

    ReplyDelete
  4. ghost. tu lah. kongsi bahagia kawan2. :)

    ReplyDelete
  5. hana. insyaAllah. semoga mereka bahagia.:)

    ReplyDelete
  6. qaseh. bukan kandungan saya. teman itu. saya masih single tau. ahahaha.

    ReplyDelete
  7. april. terima kasih. moga kamu juga jumpa sebab untuk selalu gembira. :)

    ReplyDelete
  8. mimi. hehe. terima kasih. :)

    tahniah pada parents baby tu juga! :)

    ReplyDelete