![]() |
Aku terpaling susah tunjukkan apa yang aku rasa pada insan-insan yang terpaling aku sayang. |
Sampai sekarang belum berjaya.
Aku tak biasa, aku malu dan kekok.
Pernah beberapa kali aku mencuba tapi suara hanya tersekat di ruang tekak. Tidak ada satu perkataan pun yang keluar.
Jujurnya aku sangat cemburu melihat anak-anak lain berkongsi cerita tentang gundah hati, putus cinta, cinta diam-diam, waktu-waktu sedih bila gagal dalam pelajaran, bila bergaduh dengan kawan, bila hadapi segala macam dalam hidup dengan keluarga.
Tapi, dari aku kecil sampai sekarang tak pernah sekali pun aku berjaya merebut peluang itu.
Seingat aku, sejak aku tadika dan berumur 6 tahun. Ya, semenjak itu aku adalah manusia pemendam perasaan. Aku tidak akan bercerita dengan siap-siapa apa yang aku rasa. Aku berteman dengan kertas dan pensel. Menulis, melukis dan berfantasi.
Diam-diam dan bila sendiri baru aku menangis.
Aku rindu waktu dulu. Yang hanya dikenal selaku budak murah senyum. Sedang sebenarnya banyak yang aku simpan dalam-dalam. Sorang-sorang.
Masih banyak tentang aku yang tersimpan di dalam hati sedang merebak menjadi kulat. Aku harap, ia tidak menjadi virus pula. Aku tidak mahu hati aku terkena jangkitan.
Tapi nampaknya, antivirus jiwa aku sudah semakin lemah. Malam ini aku menangis lagi. Kalaulah aku boleh peluk dakap orang yang tersayang dan merasai dibelai lembut kepalaku, tanpa ucapan apa-apa sambil diberikan kucupan di dahi dan ubun-ubun, maka akan aku jadi kuat selepas bangun dari tidur nanti.
Rapuhnya hati aku.
jangan nangis..:(..
ReplyDeletesebab tuh kau mampu menulis dengan bagus sekali di sini.kau sudah praktiknya sekian lama.terlalu banyak yang kau simpan sampai kau lupa macam mana kau nak luahkan secara nyata di hadapan orang yang kau paling sayang.
ReplyDeletetenangkan hatimu.
*ok,aku baru perasan ada shoutmix kat bawah.hihi
mari sini sayang. dakaplah aku. luahkan apa yang kau pendam. :)
ReplyDeletemimi: huhu. dah nangis semalam. hari ni dah tak. hehe. :)
ReplyDeletehahha. patutlah lama kau tak menjerit. heheh.
ReplyDeletehana, meh sini peluk2.
ReplyDeletecukup usapkan kepala aku sampai tido.
lagi pun aku paling tidak pandai bercerita.
huhu.