Wednesday, January 11, 2012

.Rindu aku?.

Maya bukan lagi ruang jimba. Tak mampu mahu berada di dunia sini buat masa ini. Bakal hilang lagi. Doakan sejahtera aku. Januari beri manis pada hati, namun jasad harus lebih kukuh. Januari yang belum separuh bulan diredah, dengan kejam mendera jasad punya aku.

Tapi aku punya yakin diri untuk terus tabah. Moga tahun ini, perisian jiwa aku lebih utuh. Moga tahun ini agama yang aku junjung lebih tinggi dari sebelumnya. Moga tahun ini menjadi pelengkap segala kurang.

Amin.

Aku juga selalu mendoakan kesejahteraan kalian semua!

4 comments:

  1. hey gadis manis! lamanya menghilang. rindu tahu? moga kamu baik-baik sahaja walau di mana keberadaan kamu. jaga diri ya. ;)

    ReplyDelete
  2. 2012 bukan kiamat.jadi aku fikir kau patut punya jiwa yang senang.

    ReplyDelete