Lama aku tidak menulis.
Sejak aku kecil, aku bukan budak yang kuat. Kuat aku cuma bila di rumah bersama keluarga. Sepanjang lebih dua puluh tahun aku hidup, emak dan abah jarang benar melihat lemah aku. Ada beberapa kali sahaja aku menangis kerana sakit. Dan cuma sekali aku menangis sebagai manusia yang lemah. Itupun lepas entah jutaan kali yang ke berapa fitnah berat hinggap pada aku. Yang satu itu cukup berat. Cukup sakit sampai aku terduduk menangis akhirnya.
Aku terlahir sebagai manusia yang cepat kehabisan antibodi. Seminggu yang lepas, aku terbaring tak bergerak. Cuma pandang kipas di siling. Termenung dan berfikir. Tak bergerak dan bangun. Bukan aku malas. Aku cuma tak mampu. Antibodi sihat aku habis lagi. Sekarang, aku kembali memulakan terapi yang aku tinggalkan kerana cemburu waktu semester lepas. Doakan aku sihat cepat-cepat, ya! :)
Dan selain faktor kesihatan, hati aku kosong. Aku cuma pandai menulis dengan hati. Sepanjang aku menulis, cuma sekali aku betul-betul menulis dengan hati-hati; bukan menulis dengan hati seperti kebiasaan waktu. Ada satu cerpen pernah aku tulis-- seminggu lamanya. Ingin membaca tulisan itu? Klik sini.
Meski aku berikan hanya sedetik dua saat menulis, percayalah-- semuanya dari hati. Perasaan aku yang ada untuk dikongsikan. Tulisan yang aku susun untuk dibacakan. Jiwa yang aku tunjuk untuk diperhatikan.
Aku tak akan pernah berhenti menulis. Kerana menulis adalah kehidupanku.
bagus!
ReplyDeleteteruskan kepercayaan kau dayya.
ghost: terima kasih! :) oh, internet di UIA macam jeles juga. ceh. :)
ReplyDeletehi.
ReplyDeleteaku baca tulisan kau.
:)
jangan tinggalkan hati kau dalam menulis.
ReplyDeletenanti jadi macam aku.
=)
kau memang penulis hebat :)
ReplyDeletefahmy iskandar: :) terima kasih.
ReplyDeletehero: aku masih membaca tulisan kau dengan hati2. masih umph!
ReplyDeletekhairul: aku tidak. Sebab aku tidak guna otak bila menulis.
ReplyDelete