Wednesday, May 4, 2011

.Kawan, dengar ini.

Kawan, jangan berjanji dulu sebab kau pernah mungkir. Bukan sekali. Sudah berulang. Jangan sakiti aku dengan cara yang sama sebab aku tak ingin. Di hadapan sana masih kabur, dan kau kata langit di sebelah sana akan tersenyum menanti aku.

Jangan permainkan aku. Langit sebelah sana, mungkin milik kamu dan yang lain. Jangan kawan-- aku tak ingin biar kau cela pintu langit wilayah aku. Sumpah kau tidak mungkin terkoyakkan magis yang ada. Sebab wilayah aku sudah tertutup. Cuma yang ada figura tidak pasti. 

Aku masih setia menanti figura itu. Kalau ia akan menjadi malaikat penjaga aku, maka kami akan bahagia dalam wilayah ini. Jika tidak ia matang menjadi malaikat penjaga aku, maksudnya ia juga ibarat janin keguguran.

Aku perlu lebih banyak masa. Kerana seperti ovum yang setia pada satu sperma, begitu juga hati aku. Ia akan setia dengan figura ini. Kekal. Dan pengganti figura ini, entah bila pula.

Maaf kawan. Kisah aku setia bukan lagi dongeng. Ia sejarah yang jelas. Jelas.

10 comments:

  1. cuba setia tapi tak bermakna. aku suka umpama ovum setia menanti sperma yang satu. haha. erk..aku nmpk mcm lucah ke? tak kan...

    ReplyDelete
  2. hana: hahaha. ouch! kalau kau kata kau lucah, aku terasa aku lebih lagi. ahhaa. tiba2 malu. apasal boleh keluar analogi ovum dan sperma tiba2? hahaha.

    ReplyDelete
  3. kesetiaan itu bego!(itu kata Bendahara tika disuruh membunuh Tuah)

    ReplyDelete
  4. kesetiaan itu perkataan. perkataan yang bila hati kita percaya, pecah suatu hari nanti

    ReplyDelete
  5. Ovum menanti sperma? Perumpamaan yang bagus. Huu~ Susahkan bila orang tidak setia sedangkan kita ini setia sungguh..?

    ReplyDelete
  6. ghost: bego itu maksudnya bagus ye? hahha. tak faham pulak. :( wuwuuw.

    ReplyDelete
  7. khairul: ia mungkin akan pecah, tapi ambil masa. sekurang-kurangnya pada aku.

    ReplyDelete
  8. nasz: hahaha. biarlah. setia itu ada banyak sebab. kita sendiri pilih untuk setia. mungkin di pihak satu lagi, sebab dia untuk setia lebih rapuh berbanding kita. :)

    ReplyDelete
  9. aku juga pilih setia hingga aku belum dikhianati

    ReplyDelete
  10. sasa: khianat itu sudah betul2 teruji khianat atau sebenarnya cuma spekulasi. hati2 kawan. :)

    ReplyDelete