Sebak dan gembira bila kawan-kawan rapat sudah selesaikan rutin pembelajaran mereka. Tinggal aku seorang. Musim mencari teman-teman baru. Musim untuk berjenaka menjadi pelajar. Musim untuk terpinggirkan dengan kisah transformasi kitaran hidup teman.
Rahsia yang bakal diceritakan kepada aku juga pasti akan berubah juga rentaknya. Ah, sampai ke hari ini terlalu banyak rahsia yang tersimpan di dada aku. Terlalu banyak. Aku mendengar dan mendengar. Aku cuma memberi pandangan bila dipinta sungguh-sungguh. Dan sejujurnya, aku sedikit meragui adakah tempo aku masih akan sama dengan rentak hidup mereka yang baru.
Kalau-kalau aku terlewat dan kisah yang mahu kalian kongsi ketat sama aku sudah tidak enak dicerita, berikan aku beberapa bulan cuti. Sebab selepas aku sendiri sudah selesai rutin pembelajaranku-- tentu rentak aku mendengar menjadi satu tahap lagi setaraf kalian.
Ah, aku sangat gembira untuk mereka. Tapi aku sebak. Sedikit. Aku janji aku akan senyum dan tidak sekali-kali menitiskan tangis hatta setitispun bila aku sepi tanpa kalian nanti.
Ah, setan sungguh cepat mencucuk jarum. Sekarang pun aku sudah rindu. Selamat berjuang sahabat, dalam dunia yang lebih mencabar!:)
Aku sayang kalian semua.
masih ada dunia luas yang akan diteroka.ia tidak pernah menghabiskan rutin kita.
ReplyDeletesebenarnya tahap lagi satu kadangkala menyebabkan kita berubah menjadi satu lagi.
ReplyDeleteghost: tentunya. tapi untuk fasa ini mereka sudah lengkap sedang aku masih terkebelakang. :)
ReplyDeletekhairul: itu yang aku takutkan.
ReplyDelete