PERCAYA itu cuma datang sekali. Dan aku dah kehilangan itu sebab kesilapan tidak sengaja. Anggap sahaja aku cemerkap-- aku terima. Sebab aku sungguh-sungguh tidak ada alasan mahu beri pada kau. Aku tahu silap aku. Minta pada kau peluang kedua pun aku tidak berani.
Kalaulah kau tahu sebenar kisah tanpa aku cerita. Tapi hidup bukan magis. Jadi biarlah. Sebab aku tidak akan cerita sampai bila-bila. Aku tak mahu cerita aku jadi alasan untuk kau.
Perasaan kau, meski tak dapat aku ungkap dalam perkataan, aku tahu. Sebab dalam sini, aku rasa perkara yang sama buat diri sendiri.
Percaya tidak akan datang kali kedua dengan senang. Yang pertama pun susah kan?
Aku tidak akan salahkan takdir, sebab semuanya salah aku.
aku percaya kau, kau percaya aku, tapi aku yang musnahkan kepercayaan itu. kerana itulah aku. =.="
ReplyDeletedan usaha untuk peroleh semula, insyaAllah.
ReplyDeletesusah? yang senang pun tak akan dapat kalau tak dicuba, kan. =)
kau juga berhak untuk tidak percaya.
ReplyDeletekau percaya kalau dia percaya?
khairul: hahaha. sayang menyayang, saling percaya.. blablabla. haha.
ReplyDeletehero: amin, harap dipermudahkan. ngee.
ReplyDeleteghost: soalan kau masih aku fikirkan. terima kasih sebab bantu aku berfikir. :)
ReplyDelete