Tuhan, mana Kau? Aku cari kanan, kiri, depan, belakang, atas, bawah. Tetap tak jumpa. Tapi aku tahu Kau ada.
Tuhan, dari atas sana aku tahu Kau dengar kan semua yang aku kata? Silap-silap haribulan, Kau tersenyum sinis, tak pun Kau tengah gelak gelihati. Sebab apa yang aku katakan, Kau memang awal-awal lagi dah tahu. Tapi, tak pernah Kau larang aku mengadu dan berleter pada setiap kali.
Nah, Tuhan. Aku mahu minta tolong pada Kau untuk simpankan dulu semua perasaan yang ada. Seketika ini, aku mahu menjadi manusia robot. Menjadi manusia yang ada perasaan sangat penat. Sangat tersiksa. Seketika ini, kalau boleh dengan izin Kau;
Aku mahu senyum bila pandang wajah mereka yang bahagia tanpa merasai apa itu rasanya gembira.Aku mahu menangis bila pandang wajah mereka yang sedih tanpa tahu apa itu rasanya kecewa.Aku mahu diam bila pandang wajah mereka yang kosong tanpa tahu apa itu rasanya bungkam.
Aku mahu serahkan semua rasa yang ada pada Kau. Lebih pandai Kau menjaganya berbanding aku. Dan kalau kau perasan, dalam perasaan itu ada satu figura. Dia itu pun, aku minta tolong pada Kau agar Kau tengok dan jaga dia selalu. Sebab aku memang tidak mampu.
Tuhan, figura itu aku serah dengan jiwa raga. Lepas ini hati aku akan kosong. Aku pinta lagi pada Kau agar tidak aku penuhi dengan air mata.
Tuhan, tolong bantu aku-- sebab malam ini aku sudah bulat tekad. Kalau sekali ini aku menangis, maka sepanjang malam ini biarkan aku menangis. Sebab selepas ini, aku akan diam. Dan semua perasaan akan hilang. Mustahil pula untuk ia muncul dalam coretan aku, lagi. Harap sangat rasa teguh dari Kau, Tuhan.
Sebab merintih pada setiap kali itu buat aku lemah. Aku tidak mahu nampak lemah pada Kau. Tidak pada dia, apatah lagi mereka. Aku tidak mahu nampak lemah pada siapa-siapa.
Aku selamanya manusia perempuan ciptaan Kau, maka pada setiap kalinya akan masih mencintai manusia lelaki ciptaan Kau juga. Tapi kali ini aku serahkan pada Kau. Sama macam dulu-dulu. Sekali lagi.
Sampai nanti Tuhan, tolong jagakan figura itu baik-baik. Aku sungguh-sungguh lepaskan dia dari hati aku. Malam ini, bawalah dia pergi dari hati aku. Biar aku di sini. Aku janji, kalau pun aku menangis aku sumpah tak akan didengar orang.
boleh pergi dari hati tapi memori menidakkannya.
ReplyDeletekhairul: ia akan hilang bila sampai waktu.:)
ReplyDeletehabiskan tangismu.kalau selepas ini kau masih mau menangis..bukan sekadar kau lupa janjimu pada tuhan tapi kau terlupa untuk apa hidupmu...
ReplyDelete*mencari Tuhan*
ReplyDelete=)
ada yg aku mahu kata, tapi biar lah.
ayuh menangis.
ReplyDeleteentah, x tahu knpa, mlh x mengenali tuan empunya.. namun walau tlh cuba utk menahan, ia turut mengalir sama... insan, smoga brjaya. di dunia & akhirat sana..
ReplyDelete