Semua perkara mahu aku lakukan. Semua perkara berkaitan seni menjadi kegilaan aku. Dan orang gila seperti aku sememangnya begini. Semua perkara dibuat ikut suka hati. Mana ada satu pun karya agung tercipta.
Mungkin, menjadi orang biasa-biasa dan menghasilkan walau hanya satu benda dengan nilai tinggi lebih bagus dari memaklumi segala dan menghasilkan suatu yang biasa setiap kalinya.
Tapi, inilah aku. Tamak segala. Tidak bagus tidak apa asal aku tahu arah mana tuju. Tidak hebat tidak apa, asal aku faham nilainya. Tidak dilambung puji tidak apa, asal aku tahu letak duduk sendiri.
Asal sahaja ada yang sudi menjamah semua picisan itu tanpa berjualan tentang harga nilainya-- sebab pada nilainya aku letakkan harga kecintaan aku pada seni; itu sudah cukup untuk aku.
Dan buat masa ini jiwa aku punya halangan yang besar maka sebab itulah seni dengan sendirinya menolak aku jauh-jauh, kerana dunia seni adalah dunia tanpa halangan.
Di depan sana itu akan aku rempuh semua halangan. Tunggu dan lihat.
first koment.
ReplyDeletehehehe.
saya suka blog mu, hoby foto foto juga?
singgah
sini ya...
riva'i: yup. suka foto foto juga. tapi beginner, skill masih tiada. haha.
ReplyDelete