Selamat malam.
Mungkin sejak kebelakangan ini aku hanyut dengan perkara-perkara yang tidak penting, tapi memang begitulah aku. Tambah-tambah bila hati di dalam risau. Ya, sebenarnya memang terasa bosan dengan cara fikir diri sendiri.
Aku mahu berehat. Esok pagi mahu sambung belajar. Exam jam tiga. Aku harap aku bukan orang yang kalah. Aku mahu semangat hantu yang selalu datang bila-bila aku rebah tak terdaya. Walaupun lambat, biar ia datang.
Cuma yang sedikit merisaukan aku-- dia belum lagi datang menjengah aku.
Aku risau. Tapi aku tidak mahu risau ini menjadi serabut pula. Kalau waktu biasa aku jawab exam sambil dengar lagu, aku tidak mahu buat begitu kali ini. Aku mahu lepas dengan usaha aku. Dengan semangat aku. Dengan kekuatan aku. Exam yang ini exam yang akhir. Ini risiko bila aku menolak 'ubat penenang' tapi sampai bila aku mahu terus perlekehkan diri sendiri?
Esok, aku mesti gagah.
Tiada ubat penenang. Tiada candu untuk buat aku tenang. Cuma ada aku. Dan izin Tuhan.
Selamat malam.
semoga berjaya dayya... yakin pada kekuatanmu...insyaAllah... :)
ReplyDelete