Dalam bayang fikir aku, sentiasa ada seorang gadis dengan magis dari seisi dunia dalam genggam telapak tangannya-- bercahaya penuh dengan aura tujuh cakera warna.
Dan gadis itu aku perincikan sebagai aku. Menutup mata, cuba menyerap serba serbi tenaga yang ada untuk di beri pada seluruh tubuh sendiri. Gadis itu mahukan kondisi terbaik yang boleh dicapai, namun campuran tujuh tenaga itu entah bila menjadi gas berbisa tersalur ke laluan saraf terus ke kepul otak yang waras.
Sudahnya gadis itu berkecimpung dalam kepayahan takluk mahu dan erat benar limitasi yang pasti.
Gadis itu sudah lama membayangi aku. Aku harus menukar bayangan itu dengan lakaran yang lebih harmoni nilainya. Ada di sini pelukis handalan yang bisa membiarkan aku melukis semula lukisan baru dalam bayang fikir yang aku pertaruhkan lama dulu?
Aku mahu seorang gadis yang baru.
aku ingin skali menanggalkan topeng di muka lalu hidup dalam harmonis... namun masih belum mampu... bahagia yang aku kejar selalu lari jauh dariku...
ReplyDeletekisah hati: topeng itu bagai halangan antara kau dan kebahagiaan. mungkin langkah pertama adalah dengan membuang topeng itu. semoga kau bertemu bahagia kau. :)
ReplyDeleteorang yang bisa mengubah dan melukiskan wajah yg baru untuk kamu adalah kamu sendiri dayya, jika tidak siapa lagi? ayuh dayya, tonjolkan daya kreatif kamu, lukis dan warnailah dengan lebih indah!
ReplyDeletekau sudah pun memiliki ciri-ciri gadis itu dayya.cuma perlu diperbaiki saja dan dihargai.
ReplyDeletehana: tapi aku rasa aku masih perlu diajar bagaimana mahu melukisnya. Pegangan aku pada warna itu masih belum jitu. huhuhu.
ReplyDeleteGhost: adakah aku sudah memiliki ciri2 gadis yang baru itu? atau aku masih gadis lama yang memakai topeng baru? huhuhu.
ReplyDeletewow, maut2 lah comment kat sini.. hahaha, monolog hati yee??
ReplyDeleteselamat pagi, coment coment dikit lah...
ReplyDeletevisit my blog
kau adalah apa yang kau fikir.
ReplyDeletekan?
*terserah. =)
shafiq: er. mungkin suara hati. kat sini adalah tulisan hasil leteran hati. haha.
ReplyDeleteriva'i: yurp. tengs komen. sudah ke blog kau. :)
ReplyDeletehero: betullah tu. aku adalah apa yang aku fikir. tapi, entah kenapa mahu seorang aku yang baru-- yang berbeza dari aku yang dulu. huhu.
ReplyDelete