Saturday, June 25, 2011

.Kekal.

Dan esok... buat seseorang; "Semoga gembira untuk setahun yang akan datang!" Sebab dah tahu rancangan orang lain, maka harus betulkan rancangan sendiri. Belajar, sudah dekat dengan exam. Tunggu, ada izin Tuhan akan ada pertemuan seterusnya. Kalau sudah ditakdirkan tiada maka aku kena belajar bahasa redha.

Mengungkit pertemuan hanya akan mencipta kenangan. Cuma doaku, walau aku hilang ingatan suatu hari nanti jangan diambil rasa yang ada. Aku mahu kekal dengan rasa ini. Kekal-- supaya aku tidak lupa.

Hari ini perlu serius menelaah. Perjalanan masa depan masih panjang menanti. Aku tidak boleh kalut menceroboh minda dengan celaru-celaru yang tak perlu.

Lagipun, bukankah lama dulu aku sudah bersedia? Sedia dalam paksa.


P/S: Er cuma dari mohon dia kembali pada aku dan lupakan cita-cita dan impiannya,
Aku mahu dia terus mengejar apa yang dia mahu, walau aku terpaksa jadi korban. Kejarlah duniamu.

Sebab aku mahu kekal dengan rasa ini. Cukup kalau hanya aku seorang yang rasa.

2 comments:

  1. kau tgu ya... jika dia pulang... dia milikmu... jika tidak... simpan kejap rasa itu... buat kenangan di masa mendatang...

    ReplyDelete
  2. ada jodoh tak ke mana. ok ini cliche. hey, itu aku kesukaan aku. baru semalam dengar sejuta kali. :)

    ReplyDelete