Tuesday, June 21, 2011

.Pingin aku.

Terkadang aku rasakan aku ini manusia zalim kerana tidak dapat melupakan luka-luka semalam. Meski hati cuma tinggal parut, namun ia kelihatan hitam dan mengerikan. Aku cuba pejam mata rapat-rapat agar semua hodoh yang ada sebati dalam gelap mata yang tertutup rapat, namun aku tetap gagal. Mendekati waktu dulu sakitnya masih belum pulih. Seperti perasaan trauma yang tidak mahu menjauh. Seperti suatu rasa yang dicucuk perit. Seperti ubat kebas yang enak pijar sahaja.

Maafkan zalim aku, yang masih belum bisa melupakan semuanya. Maafkan zalim aku kerana belum bisa benar-benar sembuh walau sudah sekian lama masa berlalu.

Kalaulah dingin angin itu ubatnya, sudah tentu aku berada dalam pusaran angin walau bila-bila masa aku akan turut diterbangkan; aku rela-- asalkan luka itu dapat disembuhkan sepenuhnya.

Aku, tidak mahu terus menjadi manusia zalim. Maafkan aku. Sesekali waktu aku membatu dalam keriuhan, bukan bermakna membenci. Aku sedang mengingatkan hati erti ramah.

Sekali ini, aku tidak akan pergi. Sekali ini aku akan terus teguh dengan salam yang dihulur. Selamat datang kembali kalian, ke dalam hidup aku. Semoga kehadiran kalian kali ini adalah ubat yang paling baik. Paling mujarab. Aku harap kalian ajar aku erti melupakan. Aku pingin satu dunia baru yang tidak berdaki luka.

2 comments:

  1. kalau lar boleh aku pimpin tangan kau sudah pasti aku akan biarkan kau berjalan dulu...kerna aku rasa dunia yang kau impikan itu tidak lah jauh dari tempat kau berdiri..cuma agak lemah di situ kau melangkah..

    ReplyDelete
  2. ghost: kau sudi pimpin aku? aku masih belum nampak dunia yang aku pingin itu lagi dari titik aku sekarang... huhuhu.

    ReplyDelete