Tuesday, July 5, 2011

.Bengang.

RM80 itu bukanlah banyak sangat sampai kalau tidak ada kau akan meratap meraung macam dunia pusing terbalik. Tapi bila nilai itu hilang sebab ia dicuri dari dalam beg dan tabung kau di bilik dengan keadaan bilik itu didiami dua orang termasuk kau dan tidak ada yang lain punya kunci untuk pecah masuk, maka perasaan marah itu aku rasa wajar. Dan selepas kehilangan wang itu roomate kau tiba-tiba pergi mengikuti program selama 3 hari sedangkan dua hari berturut-turut dia pergi office dan mengadu yang bukan-bukan pasal kau. Dan tentunya semua aduan itu adalah tidak benar dan yang dia buat cuma calar balarkan maruah kau.

Bukan soal duit yang ingin aku perbincangkan. Aku percaya rezeki itu dari Tuhan. Tapi agak-agaklah. Aku nak cakap aku tak akan halalkan duit tu juga. Aku tak suka orang yang mencuri. Walaupun adik aku yang kecik tu ambil dua puluh sen sebab nak beli gula-gulapun aku geram. Inikan manusia yang entah siapa-siapa. Eh, ini bukan manusia. Ini syaithannnn. Hahaha. Pada aku, jangan mencuri. Minta.

Kalau kedarah sangat tak ada duit, minta la. Jangan mencuri. Kalau aku mampu aku bantu walaupun kau buat taik dengan aku. Tak akan sampai hati aku nak tengok orang depan mata lembik tak makan.

Serius, aku bengang. Langsi, memang layak makan kaki dan maki. Pilihan aku tentu yang pertama. Beri makan kaki lebih sedap. Boleh buat ubat ingat sampai mati. Tapi aku malas nak kecoh-kecoh. Malas grad dengan rekod pukul orang. Malas grad dengan rekod buruk sebab RM80 DAN FITNAH yang dia jaja sana sini.

Aku tak balas, aku yakin Tuhan balas.

Fuh, panas hati. Sabar-sabar.

6 comments:

  1. tuuuudiaa..
    marah bebenor nampaknya sis..
    sabor..sabor..





    tapi kalo akma dekat tempat sis pun akma bengang jugakk!!

    ReplyDelete
  2. Sabar dik.. huhuhu..

    Karma pasti akan membalasnya..

    Maafkanlah ia buat kali ini, namun jangan sesekali lupakan peristiwa ini..

    Take care dayya.

    ReplyDelete
  3. Tuhan ada... kamu jangan bimbang Dayya... :)

    ReplyDelete
  4. akema: hehe. terima kasih memahami :)

    ReplyDelete
  5. MA: itulah. saya yakin sangat!

    ReplyDelete
  6. kisah hati: Tuhan sentiasa ada. Dia akan beri balasan kan? :)

    ReplyDelete