Kali ini aku tidak akan beritahu kamu ini memang aku khaskan untuk kamu. Aku mahu kamu baca dengan mata hati.
Telah aku berikan jiwa dan suatu figura di dalamnya untuk dijaga Tuhan. Telah aku berjanji untuk tidak menangis lagi kerana itu. Dan sebenarnya, meski aku sendiri berkata aku tidak mahu menangis lagi, tapi aku masih. Beberapa kali selepas itu.
Dan demi waktu yang menjadi pengubat,
Kala rentetan abjad ini aku susun elok-elok di sini menjadi tatapan orang aku mahu beritahu bahawa hati aku di dalam sini baru belajar untuk berasa sedikit tenteram.
Ikhlas.
Kalau gerak laku aku seperti meminggir kamu, jangan terus bersalah sangka. Aku sudah tidak mampu untuk terus menerus menjadi warga asing dalam kota yang kamu bina. Aku tidak mahu terus-terus membuatkan hati kamu terus bertanda tanya. Dan aku sendiri sudah semakin lemah membaca hati kamu. Aku lebih banyak salahkan diri sendiri daripada menyalahkan kamu.
Aku sayang kamu sangat-sangat.
Yang aku cuba genggam sekarang cuma persahabatan. Kenangan berlima waktu itu aku tidak mahu lepaskan meski salah seorang. Persahabatan itu perlukan satu tapak yang teguh. Persahabatan itu aku tidak mahu ia menjadi kelabu dengan awan mendung.
Aku cuma mahu genggam persahabatan itu kerana jiwa aku beserta figura di dalam itu sudah aku beri simpan pada Dia.
Masih mengikuti kamu seperti biasa. Cuma senyap-senyap berlari kian menjauh dari kota impian dan rasa yang kamu bina. Aku mendoakan kamu bahagia, selalu. Selalu.
kamu masih korbankan masa kamu untuk itu..
ReplyDeleteghost: yang aku korbankan sekarang, untuk persahabatan.
ReplyDeleteMasa untuk aku terangkan sebab musabab. aku takut, kalau terus di salah anggap aku akan hilang persahabatan itu juga.
aku seolah mau berkata bahwa kamu takkan mampu utk anggap ia sebagai persahabatan..
ReplyDeleteghost: aku pernah lakukan dan aku yakin boleh lakukan sekali lagi. :)
ReplyDeletebab persahabatan, itu menjadi kelemahan kita orang perempuan bukan?
ReplyDeletehana: itu lah. pada aku, persahabatan itu lebih penting dari rasa dalam hati. biar aku jeruk perasaan sendiri, tak mengapa. huhuhu.
ReplyDelete