Friday, July 8, 2011

.Dia datang menghisap dara atau darah?.

Malam itu dia datang lagi membisikkan rindu sedang aku sudah mula mamai hampir terlelap. Dia usap lembut kepalaku, dan dihadiahkan sebuah ciuman di dahi. Rambut panjangku mengurai dibelai lembut-lembut. Dia pandang mata aku dalam-dalam dan selepas itu aku terlupa semua. Dan keesokan paginya, aku yakin aku bermimpi lagi dengan mimpi sama yang berulang sudah beberapa kali. Dan di waktu ini ada dia di hadapan aku. Waktu mata masih belum terasa mengantuk, belum mamai. Kaki aku di dalam selimut menggigil ketakutan. Selama ini aku bukan bermimpi.

Dia itu seorang lelaki yang datang menghisap dara, atau seekor vampire jantan menghisap darah? Dua-dua boleh bikin aku seram. Mahu jerit. Tapi tiada suara. Diam. Sepi.

Mohon ini cuma mimpi.

6 comments:

  1. biar betul kau berhadapan dengan benda macam tuh...

    mungkin kau terlalu anggun malam itu..kau bawa ke igaumu.

    ReplyDelete
  2. kisah hati: haha. jangan2. ini mainan imaginasi sahaja. ngee

    ReplyDelete
  3. ghost: dalam dunia gelap yang aku takuti. eh, tak lah. mengada je ni. hehe. imaginasi semata2.

    ReplyDelete
  4. nurul: haha. taip saje tak yah cakap. kehkehekhe.

    ReplyDelete