Kotak paling atas di sebelah kanan itu adalah hasil pertama retorik jiwa aku. Euforia kata adalah ubat penenang resah aku yang tak berpenghujung geloranya.
Aku harap, kalau kau sayang aku-- bacalah. Ia jujur dari hati aku. Untuk kita.
Beberapa hari ini aku tidak ada cerita dari hati. Aku rasa ruang blog ini sedikit-sedikit sudah hilang serinya. Sedikit-sedikit semakin samar indahnya. Sedikit-sedikit kurang intipati untuk dilapah.
Kalau aku ibaratkan tulisan kala ini sebagai hidangan, aku akan kata ia cuma sup kosong sahaja. Tidak cukup rasa dan perisa.
Oh, projek beberapa hari yang lepas aku gebangkan itu sudah terbit. Aku terfikir-fikir mahu memulakan projek kedua. Tapi, mungkin aku mahu sedikit masa dahulu. Aku tidak mahu terlalu tergesa-gesa. Bukankah seni itu adalah kesabaran?
Dan untuk tatacara kata yang kadang kala tidak cantik lenggok bahasanya, aku mohon maaf.
No comments:
Post a Comment