Sejak-sejak jalur lebar bukan lagi di hujung jari, aku jadi katak bawah tempurung.
Dari dalam tempurung ini yang aku lihat cuma tanah. Sedikit lembap. Mungkin embun dari sejuk malam tadi. Mungkin juga sebab hujan yang turun berderai.
Aku tidak mahu terus digelar orang katak yang sentiasa ketinggalan. Maka dengan otak kecil yang ada, aku harus merangka sesuatu.
Sejenak berlalu. Masih berfikir. Akhirnya aku melompat sedikit rapat dengan ranting kayu kecil yang aku guna untuk sebat lalat.
Aku ambil dan mula melakar atas tanah.
Selepas ini mungkin aku boleh jadi pelukis terkenal seperti Van Gogh, Picasso, Vermeer, Renoir, Da Vinci dan Monet. Kemudiannya aku mahu buka galeri sendiri.
Sila tinggalkan aku seketika. Aku mahu kutip ilham sebanyak yang mungkin di sini. Jumpa aku esok dengan lukisan-lukisan yang aku janjikan.
Akulah seniman-katak-wannabe paling unggul!
lukis lah saya
ReplyDelete:)
saya adalah putera katak wanabe
ReplyDeleteaku adalah raja Farquhar yang mencari katak-katak utk dibuat sup..hihi
ReplyDeleterin: kkihkihkih. kamu cantik sangat. hohohoho
ReplyDeletepembaris: saya puterinya. hahah
ReplyDeleteghost: aku tu bukan dayya dayyanna. hahahha.
ReplyDelete