Membuat keputusan yang bertentangan dengan sumpah sendiri memang menyakitkan.
Di waktu dulu, pernah seorang budak bersumpah bahawa tidak mahu menjadi guru lantaran situasi yang dia alami waktu dulu. Disumpah, dihina dan difitnah oleh guru sendiri bukanlah sesuatu yang mampu untuk dibanggakan. Apatah lagi kesemua salah tersebut dijatuhkan tanpa menyelesaikan urusan peringkat pertama- soal, kaji, mengumpul bukti dan saksi. Ya, budak itu teraniaya selama hidupnya meningkat dewasa. Dia waktu itu, tidak ada siapa yang sedar seorang yang banyak menangis. Tidak ada yang sedar, sebab dari luar dia itu bukan manusia tapi batu. Sebab itu dia selalu disepak buangkan. Sebab itu dia dipulau endahkan.
Tanpa kawan-kawan dan guru, di tempat terpencil tanpa ibubapa, budak itu menyusun hidupnya dari buku. Mengutip momen-momen indah dari jalinan perkataan dan memahami erti hidup juga dari lembaran-lembaran penuh tulisan. Hidup dia, tidak ada yang lebih indah dari abjad-abjad yang tersusun indah.
Begitu dia memaknakan hidup. Begitu dia membesar dan menunjangi hidup dengan prinsip-prinsip pelik yang tak mampu difahami orang.
Sekarang, budak kecil itu sedang membesar. Di saat budak itu menulis rentetan ini, dia sedang menahan tangis. Menampal luka yang tidak pernah sembuh di hati. Dia tidak mampu berkongsi waktu dulu dengan keluarga. Rasanya bagai menambahkan garam dalam luka. Kerana itu, di hadapan sini- di depan semua ahli keluarga; dia budak besi.
Itu kisah di waktu remajanya. Zaman Jahilliyyah yang kejam. Hitam. Kotor. Dan hina.
Dan ini pula tentang waktu kecilnya di sekolah rendah. Waktu yang penuh senyum dan dibanggakan. Waktu yang enak dengan susah payah dan kenakalan.
Di waktu kecilnya, meski segala perkara ditokohi kehendak dan perlaksanaan sendiri, dia tidak pernah kisah. Mungkin sesekali dia terasa diabaikan. Mungkin sesekali dia rasa terbuang. Tapi dia anak gagah. Dia kakak sulung yang menggondol semangat tunjang untuk berjaya. Dia di umur sembilan tahun, sudah berlagak menjadi terlalu dewasa. Padahal waktu itu dia baru membina cita-cita.
Menjadi seorang pakar Psikologi. Dan dari saat itu, dia sudah mula menelaah buku-buku teori berkaitan. Dan kecintaannya pada dunia sastera menambah sumbang untuk itu. Peruntukan-peruntukan waktu di siang hari yang penuh dengan gemilang kenakalan kanak-kanak, dia timbal semula pada waktu malam. Begitu, insomnianya bermula. Kerana cita-cita dan kehendak seorang budak.
Dan atas usahanya yang lumayan, di rasa begitu lelah. Dan waktu itu dia perasan bahawa ada seorang guru yang tidak pernah memandang dia tidak mampu. Seorang guru yang selalu ada memberi dorongan sedangkan tindakan dia melaksanakan cita-cita itu masih lagi suatu rahsia sulit. Demi saat itu guru itu diagung-agungkan. Guru itu beri makna besar pada dia.
Meski cita-cita itu sudah lebur pada masa. Sebab yang sama, dia ambil dengan luka.
Dan dua hari lalu, guru itu menelefon di rumah. Minta dia melanggar sumpah untuk menjadi guru, melalui bondanya. Dan semua ini buatkan budak besi itu menjadi gila!
Tadi, guru itu bertanya lagi. Dan bonda berikan jawapan yang menyedihkan.
Budak besi itu sedang sakit hati.
Dia membentak bondanya kerana dia sangat pantang mendapatkan sesuatu dengan bantuan orang lain. Ya, kali ini tuah di depan mata kerana tindakan bonda yang bertanya orang. Dan dengan lancang dia menyalahi tindakan itu. Ya, dia anak pendosa. Dia sakit hati dengan diri sendiri. Tidak mampu mengawal lidah. Sedikit dalam jauh sana, hati bonda sedikit terluka. Sedikit dalam sana, dia sendiri sedang terluka.
Dia juga senyap-senyap sudah katakan. Jika benar-benar khidmatnya sangat mahu diperlukan, dia sedia untuk meleburkan satu sumpah yang dia tanam. Demi bulan yang mulia ini, dia rela makan sumpah sendiri.
Tapi dia berasa sangat sakit hati.
Nasib baik esok cuti. Dia masih ada waktu sampai Khamis nanti untuk berfikir. Bekerja dengan ikhlas, satu lagi prinsip, adakah ia akan turut tercalar?
Ya, budak besi itu sedang sangat sakit hati. Luka kali ini lebih dalam dari tersakit dari mana-mana luka sekalipun.
Jalan mana harus dia jalani? Dia buntu.
T____T
ReplyDeleteapa yang bonda buat mungkin nampak slh dimatanya anaknya.cuma yg penting,tiada ibu yg mahukan yg terbaik utk anaknya:)
ReplyDeletepsychopath: :(
ReplyDeleteshizuka: itulah. ada satu hari lagi.
ReplyDeletebondanya mungkin benar, sumpahan kamu bukan kepada perkara yang tidak baik, tidak salah leburkan ia dan berbakti kepada yang lebih memerlukan, siapa tahu, ia satu momen dan pengajaran berharga buat kamu?
ReplyDeleteBelum cuba belum tahu. Mungkin Tuhan mahu tunjukkan sesuatu. Biarkan hati kita sahaja yang terluka jangan dibiarkan hati lain turut terluka kerana kita. (:
ReplyDeletehana: masih berfikir. masih menimbang.
ReplyDeletenasz: hati bonda sudah pun terpujuk. cuma hati aku masih sakit.
ReplyDeletemasih mencari jawapan. masih punya waktu sampai esok.
budak besi..
ReplyDeleteaku juga buntu
apa salahnya jadi guru...
ReplyDeletetermakan sumpah , orang kata ni .
ReplyDelete=)
intan: hehe. dah tak buntu dah.
ReplyDeleteghost: tidak salah, cuma ada halangan dari dalam hati.
ReplyDeletedoakan aku kuat melangkah.
hero: haha. itulah...
ReplyDeletesumpah tak mampu lawan takdir.
huh.
Andai dia menjadi guru, pasti budak-budak besi yang menjadi pelajarnya bisa difahaminya dan dilunakkan supaya tiada lagi dendam yang mengiringi usia mereka.
ReplyDeleteNamun dia perlu melunakkan besi dirinya sendiri terlebih dahulu jika dia mahu memilih jalan itu.
Apa-apapun, moga berjaya dalam apa bidang yang dayya ceburi ;)
PS: amat suka gaya bahasa Dayya.. :)