sejak empat belas tahun lalu
sejak kau menghulur senyum
dan kita berjabat tangan,
aku sudah semakin lupa makna sepi.
Waktu ini walau banyak simpang di hadapan
jabat kita tetap utuh
seperti dulu,
malah senyum kita masih belum kenal pudar manis
jiwa kita masih kental setia.
Moga di hujung jalan sana kita temui syurga,
kawan.
*Terima kasih untuk empat belas tahun persahabatan.*
Syurga akhirat ke syurga dunia?
ReplyDeleteakhirat lebih baik, mahu?
ReplyDeletedia bertuah punya kamu
ReplyDeleteikatan itu pegang erat2...
ReplyDeletejalan hingga syurga~