Wednesday, August 10, 2011

.Gadis magika.

Sekuntum bunga di tangan sedia untuk dihulur, aku cium dahulu sambil menikmati wajah tampan di hadapanku. Aku tersenyum. Jika ada pak cik yang suka sembur-sembur air dan gelar dirinya sebagai bomoh, tentu dia akan kata bunga yang dalam genggam tangan aku itu ialah sejenis ubat pukau.

Sebenarnya dia tidak tahu, yang memukau aku adalah jejaka itu. Dan bunga itu berubah menjadi hati bila sahaja jejaka itu mengambilnya. Suasana tiba-tiba meriah dengan kicau burung merdu.

Seekor burung berwarna emas menghampiri jejaka itu. Di paruhnya ada mahkota raja dan dengan cermat disarungkan ke kepala lelaki itu. Wujudlah dia sebagai raja dalam dunia ciptaan aku.

Mereka gelar aku perempuan sihir. Mereka tidak tahu sebenarnya akulah gadis magika.

8 comments:

  1. when you smell a flower,smell it twice

    ReplyDelete
  2. dan aku terpukau dengan segala madah kau di sini. awww..dayya!

    ReplyDelete
  3. pernah dengar tamar jalis? gue baru tahu tadi. peh, tahi betul baru nak terpukau.

    ReplyDelete
  4. riva'i: haha. hayowk. dalam dunia itu. realitinya tiada. :)

    ReplyDelete
  5. pembaris: thousand times already. diff fragrants, same feeling.

    ReplyDelete
  6. hana: haha. aww. you~~~*wink wink*

    ReplyDelete
  7. kepala manchis: masa kecil dulu, mengikuti siri bercakap dengan hantu untuk beberapa waktu. bila dah besar sikit tiba2 jadi penakut. haha.

    jadi, kenal. eh. kenapa ya?

    ReplyDelete