Dulu waktu perutnya masih membusung bulat, setiap petang, perempuan itu pergi ke pekan. Pakaiannya tetap berkemban hingga digelar orang akan dirinya Kalakatu Hutan. Akan sebab dia digelar begitu, tidak ada kaitan dengan haiwan kalakatu yang kecil bentuknya itu dan bisa pula terbang waktu malam. Haiwan kalakatu itu tidaklah pula secantik rama-rama, apatah lagi mulia seperti kunang-kunang si pemberi cahaya waktu malam.
Kerana itu dia digelar Kalakatu Hutan. Namanya itu masih lekat hingga kini.
Bezanya kini, dia ke pekan waktu petang mencari sesuap nasi untuk anak kecilnya. Itu renggek Si Kalakatu Hutan itu setiap kali mohon diberi pekerjaan. Rengeknya tidak pernah dihiraukan. Tidak ada siapa yang peduli. Tidak ada siapa pernah dapat melihat tangis sesal sebal dia.
Perempuan itu sebenarnya tidak pernah sedar, dia sudah mati sewaktu melahirkan anak kecil itu. Mungkin sekarang sebenarnya dia cuma roh yang tidak tenteram.
Ah, jangan sahaja dia itu seekor pontianak!
kembang dalang hutang. sapo jadi bidang tuh?
ReplyDeletesbb itu dia mati. dan jadi hantu tanpa dia sedar.
ReplyDelete