Wednesday, August 3, 2011

.Seniman-katak-wannabe (3).

Penat aku menunggu warga hutan datang menyinggah galeri yang siap terbina. Walau buruk cuma beratapkan daun-daun lebar dan berlantaikan rumput-rumput hijau serta berdindingkan pecahan-pecahan tempurung, tapi galeri yang terbina ini sudah cukup cantik. Walau gajah yang gemuk gedempol itu juga boleh muat di masuk sumbatkan.

Tapi, sedang nama aku masih belum diketahui awam maka hasil kerja aku terabaikan.

Ligat otak aku berfikir. Perlu sentiasa cerdas. Itu suatu perkara yang perlu bila aku mula menanam semangat mahu menjadi seniman-katak-wannabe.

Cakap-cakap orang aku ada masalah personaliti. Sepatutnya untuk seekor katak betina maka seharusnya aku menjadi seniwati bukannya seniman. Tapi, peduli apa aku dengan tatabahasa. Kalau manusia boleh bertukar jantina sesuka hati, kenapa aku tidak boleh? Atas hukum apa aku tidak boleh jadi apa yang aku suka?

Ah, abaikan tentang personaliti aku. Memandangkan lukisan-lukisan yang bergantungan di dalam galeri ini langsung tidak dijeling pandang oleh orang ramai, maka aku harus gantungkan lukisan keramat di bangunan KLCC yang tinggi itu. Biar sayup-sayup orang lihat lukisan aku.

Dan dengan tidak sabar, aku sudah mula melompat ke KLCC. Mahu harta pusaka aku yang satu ini diabadikan di sana. Namun, dalam perjalanan itu, aku mati digelek kereta. Ya, aku mati katak saat itu. Berakhirlah kisah seniman-katak-wannabe begini.

Jangan sedih dulu. Dalam kotak pandora yang aku usung bersama, yang sebenarnya dah tergolek sedikit ke kiri lepas aku mati dilenyek bukanlah kotak pandora kosong. Di dalam itu adalah harta aku. Harta seekor katak bercelaru identiti dengan cita-cita besar.

Bukalah. Dan aku harap, roh aku disemadikan dalam kedamaian itu.

Di sini. Terdampar damai tanpa bunyi. Sepi.


.rindu.
mungkin.


6 comments: