Selamat datang ke fasa baru.
Kehendak vs keperluan.
Isnin, aku akan mula mengajar.
Kau tahu-- sekali aku tolak, dua kali ia datang. Tak, sebenarnya tiga kali ia datang. Mungkin macam kata kawan aku, "You, Allah nak tunjuk masa depan you."
Dan aku lambat-lambat anggukkan kepala. Sebab apa yang dia kata mungkin ada benarnya. Mungkin ada sesuatu Tuhan mahu tunjuk pada aku.
Berfikir-berfikir-berfikir.
"Nak dapat pahala free pun, tak nak ke? Menyenangkan hati mak dapat pahala apa. Mungkinlah kau rugi sikit. Tapi untung apa dapat pahala free. Itu pun tak nak?" kata seorang kawan yang lain.
Aku mendengus. Terasa diri sendiri jadi cengeng sebentar. Waktu itu segala hujah aku lebur macam besi kena api. Cair!
Aku meronta dengan rimas masa dulu. Aku geram dengan waktu sekarang. Aku buntu yang amat.
Kemudian, lama-lama aku berendam. Bersenda gurau dengan air. Bergurau tawa dengan haruman aqua. Sampai gigil. Sampai pucat. Dan ada air yang suam mengalir dari mata selama waktu itu. Lama. Aku rasa berada dalam dunia sorang-sorang. Kembali terpulau dengan keadaan.
Serasa mahu memberontak. Tapi tidak jadi sebab sejuk melampau. Sebab penat kesejukan. Sebab aku tidak mahu. Sebab aku rasa bodoh berkelakuan begitu.
Untuk beberapa sebab, aku kena teruskan melangkah. Aku kena membuat keputusan untuk melangkah. Waktu itu, kalau ada cukup seorang sahaja kata; "Hey kamu. Buatlah apa yang kamu rasa kamu mahu. Kecaplah apa yang kamu mahu. Usahalah ikut rancangan kamu" maka waktu itu tentu aku selingkuh dari keputusan ini.
Ada seorang manusia aku sangat ingin bertanya harus apa yang aku lakukan. Tapi demi waktu itu, dia tiada. Sesekali dia ada, aku tetap tidak dapat bercerita dan minta pendapat. Betul, pendapat dia beri banyak senang pada aku.
"Kalau tak boleh nak jaga diri sendiri, bagaimana nak jaga orang lain?" kata seorang kawan lagi. Itu ucapan dia untuk satu situasi berbeda. Cuma aku terdengarkan kata-kata itu. Lantas, kata-kata aku mati. Aku tidak mampu bertanya kepada manusia itu. Aku tidak berjaya bercerita dan aku kalah untuk mendapatkan pendapatnya.
Aku rasa terabaikan.
Tak diambil peduli lagi. Merajuk dan bawa hati. Merajuk dan menyusun tindakan.
Aku mahu bila di masa depan nanti, bila aku baca apa yang aku nukil kali ini, ini adalah ingatan untuk aku tunjuk cara fikir aku waktu sekarang. Begini, sangat kanak-kanak dan tidak matang. Begini, emosi dan kurang rasional. Begini, cara fikir aku. Begini.
Demi sumpah tidak mahu menjadi guru, aku terpaksa makan sumpah sendiri. Sumpah itu lemah berbanding takdir. Itu pelajaran hidup kali ini.
Untuk sebab yang sama aku tidak mahu jadi guru, aku akan pastikan anak-anak didik aku nanti tidak rasa apa yang aku rasa. Aku akan kuat menjadi lain dari guru yang aku kenal dulu. Aku gagah. Aku tahu, aku tidak akan menyeksa orang lain atas salah orang lain. Aku tidak akan bertindak macam aku diperlakukan dulu. Cuma, aku sebenarnya ketakutan. Aku takut dengan diri sendiri.
Prinsip tetap prinsip. Aku tidak suka guna jalan belakang. Meski aku mahu menjaga hati emak dan yang lain, aku perlu jaga prinsip aku. Tanpa prinsip, aku akan malu dengan diri sendiri.
Ya, dengan kata lain-- aku budak degil. Aku memang degil dan akan selalu menjadi degil.
Aku katakan pada emak, aku setuju untuk mengikut kehendak beliau. Tapi dengan cara aku. Aku tutup pintu belakang dan masuk guna pintu hadapan. Seperti sepatutnya. Dan aku cagarkan pada rezeki Tuhan. 100% persaingan sihat. Begitu. Begitu cara aku.
Begini aku mulakan langkah.
Sehingga cuti sekolah akan datang, aku akan bergelar seorang guru. Guru Bahasa Arab.
Selamat datang ke fasa baru kehidupan, Dayya!
tiada salahnya untuk menjadi guru sekarang demi mengambil hati orang tua kita...
ReplyDeletebila nanti ada rezeki yang kita inginkan datang kepada kita waktu itu barulah kita fikirkan apa yang kita mahukan...
berikan sedikit ruang dan peluang untuk kita jujur menerima apa yang kita tidak suka dan mahukan...insyaallah ada balasan yang menanti kita di lain hari.
Best nya. Aku dulu, suka sangat bahasa Arab.
ReplyDeleteGuru satu kerja mulia tahu?
Amal yang dibawa mati.
Semoga maju jaya, guru :)
republic: terima kasih. :)
ReplyDeletevenus: terima kasih. doakan aku hilang gemuruh. hehe.
ReplyDeleteTahniah Dayya,
ReplyDeleteBukan semua orang ada peluang untuk jadi istimewa seperti kamu.
Menjadi guru mengajar Bahasa Arab, kedengarannya sangat manis dan mengujakan