Tuesday, February 22, 2011

Cik Fikiran nak pergi belajar. Jadi Cik Fikiran tak mahu topup, tak mahu online. Cik Fikiran mahu diam-diam sorang-sorang. Cik Fikiran macam tak mahu diganggu. Tapi Cik Fikiran mahu semangat Cik Fikiran. Cik Fikiran nak ucapkan kepada dia terima kasih sebab selalu ada jadi semangat Cik Fikiran. Dia tu kadang-kadang tak boleh jangka. Tapi Cik Fikiran tak kisah pun.

Sekarang, cuma dia je yang ada untuk jadi semangat Cik Fikiran. Nak harap Cik Hati rasanya belum boleh lagi.

Makanya, cepat-cepat. Tiupkan semangat untuk Cik Fikiran. Cik Fikiran ada exam lagi ni. Tak habis-habis. Rimas betul. Kalau Cik Fikiran masih tunggu semangat dan mood alamatnya Cik Fikiran tak belajarlah. Jadi Cik Fikiran kena berundur dulu. Tak tahu bila Cik Fikiran akan update. Kalau Cik Fikiran rajin, Cik Fikiran akan melayang ke sini lagi. Menitip tinta sebentar sambil melepaskan lelah.

Cik Fikiran dah tak rela kusut-kusut. Kalau ada yang nak cari fasal lagi, carilah fasal sorang-sorang. Cik Fikiran dah tak kisah.Cik Fikiran dah malas sangat nak layan. Cik Fikiran akan diam je.

Sebab yang cari fasal tu pun tahu pasal Cik Fikiran dari sini je. Dia bukan nampak Cik Fikiran. Dan dia cuma buat serangan bertalu-talu. Serang hendap. Kalau kena memang untung, tak kena dia rugi. Padan muka.

Dah lah. Cik Fikiran yang gagah berani nak pergi belajar. Babai!

No comments:

Post a Comment