Monday, February 21, 2011

Cik Fikiran tiba-tiba rasa nak marah. Tapi Cik Fikiran cool. Kan Cik Fikiran adalah figura waras. Maka Cik Fikiran dengan selamba buat tak tahu. Sebab Cik Fikiran malas melayan karenah yang tak perlu dilayan. Dan Cik Fikiran akan pastikan Cik Hati pun tak endahkan. Alah, buat apa nak bising-bising. Tapi Cik Fikiran tak tahu sampai bila Cik Fikiran boleh bersabar. Cik Fikiran memang pantang dituduh orang tanpa bukti. Lama-lama nanti, kalau Cik Fikiran rasa tercabar maka Cik Fikiran dengan tanpa teragak-agak akan buat apa yang dituduh tersebut. Sila jangan buat Cik Fikiran bertekad begitu. Sebab Cik Fikiran kepala batu.

Jangan selesa sangat. Cik Fikiran kadang-kadang boleh jadi puting beliung juga. Tapi sekarang Cik Fikiran waras. Tak ada hal lah~!

No comments:

Post a Comment