Cik hati sangat degil. Siap sahaja kerja dia menangis lagi. Nasib baik kerja dah siap baru dia menangis. Kalau tidak macam mana aku mahu buat kerja?
Cik hati, tadi kan dah dengar cerita Si Cantik yang tidur. Tak takut jadi pada diri sendiri ke sayang? Cik hati mahu menangis setiap masa? Jangan macam tu sayang.
Aku tak tahu macam mana mahu pujuk hati sendiri.
Aku tak pandai memujuk.
Hati, jangan buat aku macam ni.
Kau harus membesar jadi hati yang matang.
Kau harus jadi matang, okey?
Aku tunggu kau besar.
Hati, kau harus kuat dari sekarang.
Sebab bila kau dah besar nanti ada macam-macam lagi dugaan yang kau kena tanggung.
Jadi walaupun kau baru lahir, kau sudah kena pandai untuk tahu bahawa hidup ini bukan senang.
Hati, kau kena bersedia awal-awal.
Aku tak mahu kau mati lagi, macam semalam.
Hati...
Dengar kata aku.
Berhenti menangis ya?
No comments:
Post a Comment