Kita tinggalkan sekejap apa kata Cik Hati. Lagi pun lepas keluar jalan-jalan itu hari Cik Hati semakin kuat. Cik Hati sedang belajar mengejar aku dan Cik Fikiran.
Hari ini aku nak bercerita tentang Cik Fikiran. Selain pasal semalam saat Cik Fikiran terkenangkan momen-momen hitam satu masa lalu, aku nak fokuskan tentang Cik Fikiran yang tiba-tiba ligat berkonfrantasi tentang politikus kolej. Alah, sekarang kan musim pangkah undi. Pastilah Cik Fikiran mahu tampil up-to-date.
Cik Fikiran kata dia benci politik sebab itu dia sanggup meredah payah belajar apa itu politik. Belajar sampai masuk universiti apa yang Cik Fikiran paling benci. Ini bukan perkara mudah. Ini cabaran paling payah. Eh tak, banyak lagi cabaran paling payah. Ini satu antaranya. Nak gebang tinggi sangat nampak tipu nanti. Hahaha.
Cik Fikiran sedang menelaah manifesto calon-calon pilihanraya kampus. Pada firasat Cik Fikiran, kalau selaku individu mereka-mereka itu berada dalam ranking tinggi lalu portfolio itu layak mendapat undi, maka Cik Fikiran akan segera katakan tidak. Pada Cik Fikiran, dalam politik apa yang penting untuk seseorang itu layak mendapat undi adalah manifesto. Sebab Cik Fikiran berjiwa rakyat. Cik Fikiran mahu rakyat, iaitu selaku aku mendapat nikmat atas kewarasan pembuangan undi ke atas setiap port folio itu.
Cakap mudah, pada Cik Fikiran kalau setakat calon itu berhati mulia tapi setakat untuk diri sendiri dan bukan pada orang lain, baik tak payah.
Pernah dengar sesuatu seperti ibarat di humban ke laut menjadi pulau? Ha, begitulah lebih kurang. Cik Fikiran bukan mengajar kelas bahasa tapi lebih kurang itulah.
Apa sebenarnya intipati Cik Fikiran ni?
Sebenarnya Cik Fikiran nak bagitahu, Cik Fikiran dah bulatkan keputusan untuk tak pergi mengundi esok. Sebab tak ada satu manifesto pon yang realistik, berkarisma, dan berketrampilan. Buat buang masa Cik Fikiran sahaja bekejar-kejar. Dah lah kelas penuh. Oh, Pehlis!
Dan pada Cik Fikiran, ini pilihan muktamad. Cik Fikiran tak mahu dipersoalkan kelak atas undi yang Cik Fikiran buang. Tak mahu menanggung dosa menipu bila sama-sama bersubahat bila manifesto yang kononnya untuk di capai itu sekadar melepaskan batuk di tangga. Cik Fikiran dah figure-out semua. Jadi, bolayan politikus kampus.
Nak sekat keputusan peperiksaan?
Cik Fikiran tak heranlah. Banyak cara lain boleh guna pakai. Lagipun taktik-taktik mudah nak tahu keputusan peperiksaan itu Cik Fikiran dah pernah buat pun. Dan sebab Cik Fikiran ada moraliti agak tinggi, Cik Fikiran guna undang-undang sah. Tak ada istilah makan suap atau bawah meja.
Wow, Cik Fikiran sangat romantik kan?
Hahahaha.
Jadi Cik Fikiran, aku cuma nak cakap. Terima kasih sebab consider kesibukan yang aku tanggung. Aku pun tak larat nak bersesak larat beratur semata-mata nak buang undi tipu. Alah, nama pun buang. Sampah je semua itu.
Bila Cik Fikiran bersuara, aku rasa seronok pulak. Tahniah Cik Fikiran! :P
No comments:
Post a Comment