Friday, April 29, 2011

.Aku cacat setelah kehilangan jiwa.

Lepas SPM, tiga tahun aku merajuk dalam dunia penulisan. Tiga tahun aku jadi budak dungu. Sebaris ayat pun kau jangan harap dari aku. Tapi sampai sekarang, kertas jawapan karangan ujian percubaan aku menjadi rujukan budak-budak sekolah. Aku dengar dah merata kertas jawapan itu diedar. Ada yang kata sudah sampai satu daerah berkongsi.

Aku tidak tahu. Selagi kertas itu mendatangkan manfaat kepada adik-adik semua maka biarlah ia berterbangan serata. Aku sendiri sudah lupa apa yang telah aku tulis atas beberapa keping kertas itu.

Beberapa tahun lepas, dengarnya kertas itu menjadi contoh dan dibincangkan dalam kelas untuk beberapa buah sekolah. Malah, ketika sesi menjawab soalan peperiksaan, naskah kecil itu dijadikan bahan bedah. Aku bersyukur dalam hati.

Satu yang aku ingat, tulisan itu punya jiwa. Tidak seperti tulisan-tulisan aku sekarang. Tulisan aku yang sekarang ni, rasanya kosong. Mungkin sedikit cantik pada aspek teori, tapi tidak akan terjumpakan 'jiwa' yang telah aku hilang. 

Jiwa yang bagaimana?
Bilamana aku sendiri menangis membaca tulisan aku. Bilamana aku sendiri hilang sedar bahawa karangan itu sebenarnya adalah tulisan aku.

Sekarang ini, kosong. Aku sangat rindu pada jiwa itu. Tapi aku hampa. Sudah aku berusaha beberapa tahun ini. Namun masih hampa. Aku masih belum jumpa jiwa itu.

Dan atas semua itu, keputusan SPM aku langsung tidak cantik. Aku cuma menjawab bahagian 30 markah. Itupun separuh. Soalan seratus markah kosong tanpa sepatah perkataan langsung. Ya, fobiaexam menerbangkan jiwa aku. Aku gadaikan jiwa aku kesan dari sakit yang acapkali menyusahkan aku. Sampai sekarang.

Abaikan tentang musibah itu. Yang aku tahu, aku mahu jiwa aku semula. Aku cacat.

6 comments:

  1. mungkin nanti kau akan dapat kembali.

    ReplyDelete
  2. khairul: aku harap macam tu lah! :)

    ReplyDelete
  3. semoga kau akan temui semula 'jiwa' kau yang sudah hilang itu..mungkin kau perlu usaha dari bermulanya 'jiwa' kau menghilangkan diri..

    ReplyDelete
  4. ghost: mungkin perlu ambil spm balik? haha. tidak mahu.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya kak! Mesti hebat sekolah dulu. Sekarang ni pun tulisan akak mantap juga. (: Ingat, nasz sentiasa baca.

    ReplyDelete
  6. Nasz: terima kasih. eh, akak pun tak pernah lepas membaca semua tulisan kamu. ia indah. teruskan menulis, oke? : (:

    ReplyDelete