Aku mengenali dia; seorang perempuan yang biasa-biasa. Dia menangis pada waktu malam kerana silamnya sampai hari dia pada waktu kini terbentuk buruk kerana itu. Aku selalu melihat tangis itu. Tangis yang merejam kecewa betapa dia itu anak kecil yang tak terlindung apa. Dan pada hujung malam, selalu aku dengarkan dia menangih minta diulang semula waktu khianat lampau.
Aku mengenali dia cukup lama-- semenjak kain uniform sekolahku berubah menjadi biru muda. Waktu remaja dan liku-liku hidup. Dan pedih hati dia, dia ceritakan pada aku persis aku ini anak patung bisu. Dia bercerita dan terus bercerita sedang aku diam tanpa sepatah kata. Sementelah, aku ini manusia yang tidak pandai membujuk.
Lama-lama, aku sedar. Dia bukan hendakkan aku memberi pandangan. Kerana sebenarnya dia itu lebih jelas dengan hidupnya. Dia sendiri tahu bahawa hidup bukan helaian novel yang boleh diulang baca atau dikarang semula. Dia memang jelas bahawa tiada apa yang mampu membawa dia pulang ke masa lampau.
Namun, dia terus menagih harap. Dalam berat langkah dia meneruskan cercaan hidup, aku percaya ramai disekeliling dia yang turut menyumbang senyum buat merawat hati dia.
Cuma dia terlepaskan pandang. Dia masih tidak sedar, dan dia masih melihat bahawa hidup dia ini cuma ada dia. Dia tidak tahu, atas kesedihan dia-- berjuta hati-hati dikeliling dia menangis. Dia tidak nampak kerana dia buta dengan silamnya.
Aku masih bisu seperti sebelum ini. Juga sudah sedia maklum bahawa aku tetap akan bisu di kemudian nanti. Aku cuma ada doa agar hati dia kembali dekat dengan Tuhan. Dia sebenarnya di lubuk rasa dalam sana, sangat malu pada Tuhan. Bukan dia terlupakan Tuhan. Tapi dia malu.
Aku harap sangat; dia nampak depa tangan Tuhan memeluk dia. Aku harap sangat.
salam kenal... thanks sudi datang blog gua... hmm gua suka bile Lu tulis pasal hidup ni bukan helaian novel yang boleh diulang baca, kalau klimax cerita novel tu best boleh dah nak diulang baca, tapi kalo klimax cerita tu macam sampah atau scene yg sedey atau menakutkan, seksa gak...hahaha paling cilake kalo anti klimax, adeyh
ReplyDeletemeremang baca.
ReplyDeletesemoga berjaya menjadi pembimbing dalam persahabatan.
dosa semalam. kadang2 jadi dinding.
ReplyDeletekamu penulis baik tahu?
ReplyDeleterepublikn9: terima kasih. hahha. tapi, hidup pun kadang2 anti klimaks juga. macam mana? :P haha
ReplyDeleteencik psychopath:terima kasih. doakan ye! :)
ReplyDeletehero: betul tu. dosa semalam. terlalu dikenang menjadi racun.
ReplyDeletekhairul hisyam: anda juga penulis yang baik. tahniah sebab karya yang indah di zine. sudah saya baca. :)
ReplyDelete