Kadang-kadang, bila aku menulis dengan sinis dan berkaitan agama, bukan bermaksud aku ini alim ulama. Tak! Aku bukan budak baik.
Kalaupun ada aku tulis begitu, itu cuma ingatan untuk aku.
Supaya aku berhenti melakukan sesuatu yang aku tahu salah tapi suka buat,
atau jangan melakukan perkara-perkara salah yang masih belum dicuba.
Cara olahan terpulang pada aku sendiri.
Siapa mahu tunjukkan bangkai gajah yang dia punya kan? Tambah-tambah kalau cuma ditutupi sebatang lalang. Dah la lalang tu sifatnya ringan, senang nak terbang-terbang.
Kesedaran itu ada, dan mahu berubah itu adalah suatu proses.
Aku ambil kira dari semua sudut perubahan.
Pertama, kekerapan.
Kedua, kondisi.
Dan ketiga, durasi.
Kalau dulu selalu, sekarang dah tak terlalu kerap dan dah kurang, tapi sekali sekala buat salah, buat sampai galak. Durasi antara satu dan lain jauh-jauh serta tanpa faktor-faktor tambahan. Ia masih satu kejayaan.
Seberapa lama proses perubahan, yang penting perlu ada sedikit.
Semoga yang sedikit itu beri malu pada diri sendiri.
Jujur, ini memang sengaja aku tulis.
Sebab aku sepatutnya sangat malu pada diri sendiri waktu ini.
Dan hakikatnya, aku memang malu.
Semoga yang sekali ini akan buat aku betul-betul cuci tangan.
Tuhan, aku tak kuat. Kalau masih ada saki baki iman maka tolong lindungi aku.
Cukup aku malu dengan diri sendiri sekarang.
Aku takut malu denganMu diakhirat kelak.
Saat dibentangkan semua salahlaku.
Perubahan adalah proses dan aku sangat-sangat berharap aku tak ulangi lagi kesilapan tadi.
Malu.
malu malu tapi mau. payah betul. kikiki
ReplyDelete